Jun 7, 2011

Ruginya Saya........

Malaysia kaya dengan pelbagai jenis hasil bumi dan yang boleh dimakan..Cik ni..bab makan kurang memilih dari segi sayur dan ulam2..tp..bila tang ikan, Cik agak memilih sikit..bkn apa..Cik xmkn ikan yang dimasak berkuah..kalo ikan goreng atau ikan goreng yang dimasak sambal atau kuah..konpem licin..tp..makanan laut yg lain, Cik xtolak..kecuali udang..nnt gatal..dan muka Cik akan membengkak...tp..kenapa udang kering, Cik leh makan...
Dulu..Cik xreti nak makan BUDU..skali bila dah pekena..makan keropok pun dengan budu..lagi2 bila diletak bawang besar + cili padi + perahan limau = masyuk je rasanya..nak tau..Cik ada sorang kawan baik..masa sama2 dok umah sewa, kitaorg slalu masak n makan sesama..suatu hari tu..kitaorg makan seperti biasa cuma kali ni ada budu..pas abis makan..terkejut Cik..tgk dia bleh hirup je budu tu..katanya..dah biasa..tp..budu mmg sedap...

   











TEMPOYAK...Cik paling suka..dari xpernah makan..Cik jd penggemar tempoyak..nak buat mmg xreti..tp..kalo nak makan..konpem Cik bleh licinkan pinggan..hikhikhik..sedapnya..lagi2..kalo ia ditambah dalam masakan..mcm pucuk ubi masak lemak cili api letak tempoyak..mmg marvellous..xpun..tempoyak + hirisan bawang besar + cili padi = hangat skali...

 

dan...terbaru Cik belajar makan ialah..IKAN PERKASAM..seumur hidup Cik..mmg xpernah makan ikan perkasam..Cik cuba makan ikan ni..bila tgk ada seorang akak ni jual kat FB..terus berkenan nak cuba..anda bleh klik link ni.. http://www.facebook.com/farzana.abdullah ..ikan perkasam mmg best..Jenama Seri Impian Perkasam tau...goreng garing2..leh makan ngan tulang2 ikan skali..ni sementara ngah cerita ngan anda semua..Cik ada order 5 pek ikan perkasam dengan akk tersebut..ia dah sampai dan Cik dah makan sekor ikan lampam semalam you..sedapnya...


Jadi..Cik rasa..adakalanya..Cik menjadi seorang rakyat Malaysia yang rugi..sebab..Cik terpaksa memilih makanan..sbb..alergi you..xleh sebarang mkn..nnt tumbang..hikhikhik..walaupun Cik berbadan besar..Cik amat mengurangkan memakan DAGING..sekali sekala leh ler..xleh selalu dik..family Cik ada yg mempunyai GOUT..so..Cik kena berhati2..tp..Cik paling xsuka makan DAGING KAMBING..nnt..Cik leh PENING..kalo nak diikutkan, masih banyak lagi makanan yang Cik xleh dan xbrapa suka nak makan...rugi betul..tp..nak wat camner dik...Cik redha je..hikhikhik..ok..tu sahaja daripada Cik utk kali ni..jumpa di N3 yg lain..xoxo

   

May 19, 2011

Madah Cinta...

Madah cinta ni..Cik dapat daripada sebuah buku..lama dah Cik simpan..dulu..masa Cik muda2, Cik suka kumpul ayat2 @ madah2 cinta nie..Skrg ni..bila dah makin berusia nie..kurang skit..tp..cuba anda hayati setiap bait2 madah tersebut..sungguh ia indah...

'Aku Cinta Padamu' ialah tiga patah kata yang berat diucapkan, terkecuali tidak diiringi dengan perasaan.
~ Basta~

Cinta sejati memang tidak memandang wang..tetapi wang sangat penting untuk memelihara cinta.
~Hubaya~

Tidak ada cinta tanpa rasa cemburu.
~Hukamak~

Semua tulisan tentang cinta, dengan mudah difahami oleh orang yang pernah mengalaminya.
~Peribahasa Perancis~

Cinta...kata yang penuh kuasa, penuh rona dan pesona. Cinta meragkumi segala getar rasa, dendam, kasih, rindu, suka, duka, getir, cemburu, benci, sabar, lara dan entah apa lagi..Yang sejati, palsu dan suci..semuanya terbahagi.
~Persia~

Ganjilnya sifat cinta; Bertambah ia sulit, bertambah banyak halangan...malah..bertambah-tambah ia menjadi kuat.
~Soule~

Apabila peribadi yang baik diperkuatkan oleh cinta, tenaganya akan menguasai seluruh alam semesta, bahkan dunia.
~Iqbal~

Semua orang akan mati, tetapi cinta tidak dapat dikuburkan..kerana, tiada kubur yang dapat membatasi antara cinta yang mati dengan cinta yang hidup.
~La Place~


May 18, 2011

Tamally Maak

Cik paling suka lagu nie..Cik tujukan lagu ni khas untuk Chenta Hati Cik...

Tamally Maak

Aku sentiasa bersamamu walaupun kau jauh dariku, Cintamu memberansangkan hatiku,
Aku sentiasa bersamamu, Aku sentiasa terkenangkanmu,
Tidak sedetik pun dapat ku lupakanmu, Aku tetap rindukanmu walaupun kau berada disampingku,
Sayangku.....
Aku rindukan dirimu dan biarlah kau berada didepan mataku, Aku kesunyian bila kau berjauhan,
Walaupun aku dikelilingi teman, Aku teramat rindukan mu,
Sayangku.....
Janganlah kau pergi, Aku perlukan kau disisiku ini,
Kaulah cinta pertama ku, Jika kau disampingku,
Tiada yang membimbangkanku...

May 16, 2011

Re-write : Sambal Asam - Menu istimewa keluarga kami...

Keluarga kami mempunyai satu menu istimewa yang mmg kalo xtau nak masak apa..resepi tu le yg menjadi pilihan kami sekeluarga..ianya mempunyai rasa pedas, masam dan sedap sgt...kita bleh tambah tomato muda, yg btul2 hijau, tambah tempe yang digoreng..sedap sgt2..makan dgn nasi panas2..meleleh air mata...huhuhu..ni sambil Cik menaip nie..dah telan air liur nie..xpe2..jom2...biar Cik tunjukkan satu persatu stepnya...


Bahan2nya:

- 3 labu bawang besar holland (dimayang wedges)
- 5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
- 30 biji cili padi (potong bulat2)
- 100 gram ikan bilis
- 5 keping tempe (di hiris nipis)
- sedikit air asam jawa
- garam
- serbuk perasa

Cara2nya:
- Goreng ikan bilis dan tempe sehingga garing dan ketepikan.
- Tumiskan bawang holland, bawang putih sehingga agak layu sedikit, kemudian..masukkan cili padi yang telah dipotong bulat2. Gaul sehingga rata..
- Masukkan air asam jawa dan gaul rata, setelah itu, masukkan garam dan serbuk perasa. Setelah cukup semua rasanya..tutup api..
-Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan tempe yg telah digoreng dan gaul rata..siap untuk dihidang bersama nasi panas atau bubur nasi....SELAMAT MENCUBA...


p/s: gambar xde..next time Cik masak..Cik amik gambar dan attach skali yer..menu ni juga sesuai untuk ibu yang sedang berpantang..nnt Cik tulis kat entry yg lain..

Mee Hoon Sup a.k.a Bakso Style Aku..

Ni sebenarnya resepi aritu..Cik lmbt post..sbb..Cik pikir banyak kali owh mau post..ye ler..Cik bukannya pandai masak sgt..tp..bleh ler untuk mengisi perut dan memenuhi selera Cik...meh kita tgk resepinya..

Bahan2nya:

-Untuk Kuah

20 biji bebola ayam - dibelah dua
10 biji bebola ikan - dibelah dua
2 keping dada ayam - dihiris nipis
1 kiub ayam
5 ulas bawang putih - dihiris
5 ulas bawang merah - dihiris
1 inci halia - dihiris
Garam
Serbuk perasa
Lada sulah / lada hitam
Air secukupnya

-Untuk lada kicap
20 biji cili padi - dipotong kecil2
Kicap manis
Sedikit air masak

- Untuk hiasan
Daun bawang
Daun sup
Sawi yang di celur

Cara2nya:
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau, kemudian masukkan isi ayam. Biarkan selama 10 minit. Kemudian masukkan air dan didihkan..selepas itu, masukkan kiub ayam dan dibiarkan didih lagi..
2. Setelah itu, masukkan bebola ayam, bebola ikan, serbuk perasa, garam dan lada sulah. Kalau kuah xcukup, tambah lagi air..setelah kuah mendidih dan rasanya cukup serba serbi..matikan api dan hidang bersama dengan bee hoon, dan yang lain2..

Untuk Lada kicap
- Potong cili padi bulat2..tambahkan kicap dan sedikit air untuk mencairkan kicap tersebut..biar ianya cukup rasa..