May 19, 2011

Madah Cinta...

Madah cinta ni..Cik dapat daripada sebuah buku..lama dah Cik simpan..dulu..masa Cik muda2, Cik suka kumpul ayat2 @ madah2 cinta nie..Skrg ni..bila dah makin berusia nie..kurang skit..tp..cuba anda hayati setiap bait2 madah tersebut..sungguh ia indah...

'Aku Cinta Padamu' ialah tiga patah kata yang berat diucapkan, terkecuali tidak diiringi dengan perasaan.
~ Basta~

Cinta sejati memang tidak memandang wang..tetapi wang sangat penting untuk memelihara cinta.
~Hubaya~

Tidak ada cinta tanpa rasa cemburu.
~Hukamak~

Semua tulisan tentang cinta, dengan mudah difahami oleh orang yang pernah mengalaminya.
~Peribahasa Perancis~

Cinta...kata yang penuh kuasa, penuh rona dan pesona. Cinta meragkumi segala getar rasa, dendam, kasih, rindu, suka, duka, getir, cemburu, benci, sabar, lara dan entah apa lagi..Yang sejati, palsu dan suci..semuanya terbahagi.
~Persia~

Ganjilnya sifat cinta; Bertambah ia sulit, bertambah banyak halangan...malah..bertambah-tambah ia menjadi kuat.
~Soule~

Apabila peribadi yang baik diperkuatkan oleh cinta, tenaganya akan menguasai seluruh alam semesta, bahkan dunia.
~Iqbal~

Semua orang akan mati, tetapi cinta tidak dapat dikuburkan..kerana, tiada kubur yang dapat membatasi antara cinta yang mati dengan cinta yang hidup.
~La Place~


No comments:

Post a Comment