Jul 27, 2011

Betul Ke?? - Kata Wanita Tentang Lelaki Kacak dan Tidak Kacak.

Kalau lelaki kacak pendiam
Perempuan akan cakap: Wow, cool giler.
Kalau lelaki hodoh pendiam
Perempuan akan cakap: Eh perasan bagus.
Kalau lelaki kacak berbuat jahat
Perempuan akan kata: Nobody’s perfect.
Kalau lelaki hodoh berbuat jahat
Perempuan akan cakap: Patutpun, muka pun macam pecah rumah!
Kalau lelaki kacak menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: Wah! Machonya, macam hero filem!
Kalau lelaki hodoh menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: Entah2 kawan dia.
Kalau lelaki kacak dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: Sepadan sangat.
Kalau lelaki hodoh dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: Mesti kena bomoh perempuan tu!
Kalau lelaki kacak ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: Jangan sedih, kan saya ada.
Kalau lelaki hodoh ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: (terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)

Kalau lelaki kacak penyayang binatang
Perempuan akan cakap: Perasaannya halus. Penuh kasih sayang.
Kalau lelaki hodoh penyayang binatang
Perempuan akan cakap: Sesama keluarga memang harus menyayangi.
Kalau lelaki kacak bawa BMW
Perempuan akan cakap: Matching. Hebat luar dalam.
Kalau lelaki hodoh bawa BMW
Perempuan akan cakap: Bang, bosnya mana?
Kalau lelaki kacak tak mahu bergambar
Perempuan akan cakap: Pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar
Kalau lelaki hodoh tak mau bergambar
Perempuan akan kata: Tak sanggup tengok hasilnya ye?
Kalau lelaki kacak menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: Ini barulah lelaki gentlemen.
Kalau lelaki hodoh menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: Naluri pembantu, memang begitu.
Kalau lelaki kacak bersedih hati
Perempuan akan cakap: Let me be your shoulder to cry on.
Kalau lelaki hodoh bersedih hati
Perempuan akan kata: Kuat nangis!! Lelaki ke bukan ni?

Betul Ke?? - Kata Lelaki Tentang Wanita Cantik dan Tidak Cantik

Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mesti ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih 
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
 
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 misscall
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Jul 22, 2011

TERPEGUN..TERKESIMA..TERPERANJAT..DAN MACAM2 LG..

Aduh..berapa banyak 'TER' daa...ok2..ni Cik nak bgtau..Cik mmg baru dalam dunia penulisan blog..Cik amat suka menulis walaupun jarang nak meng'update' seperti sifu2 blog yang dah terlalu ramai pengikut tu..macam..Che Mat Gebu - DTS, Ben Ashaari, K. Jee, Melur jelita dan ramai lagi..Cik menulis blog ni hanya untuk berkongsi cerita seharian Cik atau apa yang berlaku disekeliling Cik..

Namun..Cik adakalanya alpa dan kekurangan masa untuk meng'update' kerana sibuk dengan tugas..tu yang td dok sapu2 dan mop2 blog..tiba2..Cik nampak satu nama yang begitu Cik minati..xkira le dari segi blog masakan dan coretan2 beliau..tp..Cik juga minat dia berlakon dalam drama komedi..Ya Allah..Kak Jee jadi follower blog Cik yang xseberapa ni...beruntung dan bangganya...terima kasih Cik ucapkan kepada Kak Jee..Cik doakan agar Kak Jee sentiasa sihat dan ceria..terima kasih yang xterhingga untuk Kak Jee..

Selain daripada itu..Cik juga lihat ada satu nama besar juga yang menjadi follower Cik..iaitu..Kak Melur Jelita..terima kasih kak..Cik paling suka baca Novellog cipataan akak..amat menyayat hati..Cik berharap..agar novel 'ASST' akan segera ada dipasaran..Cik xsabar nak membaca kesudahannya..Cik betul2 rindu dengan Puteri Intan Zulaika dan Hilman Yong..

Semoga ini menjadi satu semangat untuk Cik rajin menulis entry2 terbaru..InsyaAllah..Terima kasih skali lagi untuk semua sifu2 blogger yang telah banyak memberi inspirasi kepada Cik...

Lamanya Cik xupdate..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..lama sungguh Cik x buat entry..bukan apa..Cik agak sibuk skrg nie..aduh...sampai sukar sikit nak bernafas..bak kata Sepah:'Ha..semput..'..hikhikhik..Cik sentiasa mendoakan dan berharap, agar semua kenalan Cik sihat dan sentiasa berada didalam keadaan yang tenang dan ceria..hmmm..xlama lg..bulan puasa bakal menjelma..Cik bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasa Ramadhan untuk kali ini..Cik berharap..xkn ada halangan yang datang untuk menyempurnakannya..insyaAllah..semoga kita semua dirahmati oleh Allah..sekian...