Dec 21, 2011

Dalam 10 Cakap 1 Nombor


Dalam 10 Cakap 1 Nombor

Dalam 10 cakap 1 nombor
Dalam hati aku apa ada ku cakap
Dalam 10 cakap 1 nombor
Dalam hati aku apa ada ku cakap

7 lu cakap ada 7 kereta ku
Siang dan malam enjoy la kerjaku
Aku nak menari jangan la lari

Dalam 10 cakap 1 nombor
Dalam hati aku apa ada ku cakap
5 lu cakap 5 kali tambah nasi
5 kali makan 5 minit lapar lagi
Dia sapa lagi sedarlah diri

Dalam 10 cakap 1 nombor
Dalam hati aku apa ada ku cakap

Siang malam kira duit jadi hobi
Bangun pagi sampai lupa gosok gigi
Patut la bau macam ikan basi
Gaya pun sudah macam gergasi

Tandoori capati kentaki
Itu semua aku mau makan
Ayam itik panggang
Itu semua abang belikan

Ini makan minum sikit kasi kawtim
Kalau tidak kita akan balik kutip tin
Duit banyak lagi apa peduli

Dalam 10 cakap 1 nombor
Dalam hati aku apa ada ku cakap

Muka ku macam Vijay bergaya
Cakap lu kawan orang tak percaya
Aku pun apa la kurangnya
Cantik juga macam Aishwarya

Dari jauh ku tengok ingat beras punya guni
Datang dekat baru tau ini minyak punya tangki
Muka macam roti canai hangus
Banding dengan ketam, ketam lagi bagus

Apa kau peduli
Duit banyak lagi

Dalam 10 cakap 1 nombor
Dalam hati aku apa ada ku cakap
Dalam 10 cakap 1 nombor
Dalam hati aku apa ada ku cakap

7 lu cakap ada 7 kereta ku
Siang dan malam enjoy la kerjaku
Aku nak menari jangan la lari

Dalam 10 cakap 1 nombor
Dalam hati aku apa ada ku cakap
5 lu cakap 5 kali tambah nasi
5 kali makan 5 minit lapar lagi
Dia sapa lagi sedarlah diri

Dalam 10 cakap 1 nombor
Dalam hati aku apa ada ku cakap

Dec 6, 2011

Babies...Touching Sungguh...

Salam dan apa khabar semua blogger..Cik harap semua sihat sentiasa..arini Cik nak bercerita tentang Babies..nape ngan babies @ bayi2..Cik kadang2 touching bila tgk kengkawan yang dah kawin dan ngah mengandung..mereka nampak sungguh comel..ye ler..Cik kan belum kawin..mcmana nak mengandung..Pastu..tgk plak baju mengandung dan baju2 baby yg cantik2 dan comel2..erm...sedih gak..ye le..nak wat mcmana..jodoh ku belum tiba...waaaaaaa...:((

Cik kadang2 terpikir..nape ramai yang xtau nak menghargai saat2 menjadi seorang ibu..betapa indahnya mengandung 9 bulan dan 10 hari..betapa besarnya pengorbanan tersebut..bila tiba tempohnya..mendapat tendangan manja dari baby didalam perut..kan seronok tu..dan saat2 melahirkan..tgk sendiri betapa nikmatnya masa2 tersebut..pernah ke kita terpikir mcmana BONDA2 kita berjalan kehulu hilir dengan kita..pelbagai perkara kita belaja, pelbagai makanan yang kita makan, pelbagai bunyi yang kita dengar dan mcm2 lg yg kita dpt belajar dari BONDA kita...

Tapi..kenapa ada yang xmenghargainya..sewenang2nya membuang..minta maaf Cik ckp..dah le 'AWAK DOSA BERZINA (BAGI YANG BELUM BERKAHWIN), PASTU AWAK BUAT DOSA MEMBUNUH PLAK'..

Cik memang kecewa dengan manusia zaman sekarang..apa dosa baby tu..Cik ckp terus terang..kalo awak dah xnak..jgn dibuang..berilah kepada pasangan yang dah lama menanti kehadiran cahayamata didalam hidup mereka..ataupun..berilah kepada Cik..InsyaAllah..kami akan mendidik mereka sebaik mungkin..jgn le dibuang..

Apapun Cik nak ucapkan tahniah utk kwn2 Cik dan pasangan mereka..ni ada yang mengandung dan ada yang sedang menunggu masa untuk melahirkan cahayamata anda..Cik cuma nak minta...tolong izinkan Cik menjadi Ibu Angkat kepada mereka yer..izinkan Cik menumpang kasih anak2 anda...senang cerita..anak anda adalah anak Cik juga...leh yer....BAU BAYI ADALAH BAU YANG PALING SEDAP DIDALAM DUNIA....

Ummy ChentaHati..tunggu masa nak due
Rinkaaris Doshika..tunggu beberapa bulan lagi
Tungau dan Puan Watie..baru 3 bulan lebih
Ni anak Cik..actually anak cousin Cik


Ni pun sama..anak Cik..ni pun anak cousin Cik

Nov 17, 2011

TAHNIAH...UNTUK ADIKKU...

Assalamualaikum..Cik nak ckp kat semua..yg Cik rindu yg amat sgt kat anda semua...lama gak xupdate..sibuk memanjang....Cik nak kongsi berita gembira bersama anda semua..td..Cik mendapat panggilan telefon daripada ayah Cik..kata beliau..adik Cik mendapat 6A1B didalam keputusan UPSR beliau...dan dia adalah satu2nya, pelajar melayu yang bersekolah di Sek.Keb. (T), di Muar..Cik bangga sungguh ngan adik2 Cik..belajar gegajin lagi yer..kepada individu2 yg telah menjanjikan hadiah yang lumayan buat beliau..sila tunaikan janji anda...terima kasih..maaf..akk xdpt nak bagi hadiah apa2..tp..akk belanja makan..ok...love u ..next year..tunggu adik yg last plak...

Nov 1, 2011

Taufu Pok Goreng Berinti

Pekabor semua..tuan2, puan2, blogger2 yg Cik kasihi lagi Cik sayang..uit..lama sudah Cik xupdet..tu ler..org buat blog..ko nak buat blog..org updated sentiasa..ko yang ado je ler..hikhikhikhik..

Ok..arini Cik nak masukkan entry menu yang paling ringkas dan sedap..Cik amik resepi ni daripada Dapur Ibundo..resepi penuh sila klik link ye...ianya mmg sedap, lagi2 dimakan pabila panas2..ok2..xmo cerita lebih2..jom kita tgk resepi..maaf, kualiti gambar xmemuaskan langsung.




Bahan2nya:
- Taufu pok (belah menjadi kelopak bunga dan diterbalikkan, berhati2, jgn sampai gabak)
- 2 keping dada ayam (dicincang)
- Sedikit lobak merah (diracik halus)
- 3 keping cendawan shitake segar (dicincang)
- 3 ulas bawang merah (dicincang) *
- 3 ulas bawang putih (dicincang) *
- Sedikit halia (dicincang) *
- Sedikit serbuk lada hitam
- Garam secukupnya
- Tepung gandum
- 2 biji telur

Cara2nya:
- Taufu pok dibelah menjadi kelopak bunga dan diterbalikkan, berhati2 jgn sampai gabak. Ketepikan.
- Tumiskan bahan bertanda (*), tumis hingga naik bau. Masukkan isi ayam dan masak hingga airnya kering.
- Kemudian, masukkan cendawan dan masak lagi, pastu, masukkan lobak merah.
- Masukkan serbuk lada hitam, garam dan masak sehingga airnya agak kering..jangan basah sgt. Sejukkan inti.
- Sudukan ke dalam taufu pok tadi, golekkan taufu pok kedalam tepung dan telur.
- Goreng sehingga keemasan. Hidangkan panas2..sedap dimakan bersama dengan sos kegemaran anda.



Selamat Mencuba..Terima kasih kepada Dapur Ibundo..

Oct 31, 2011

Jom Kita Main Game..

Jom main satu game sambil bergelak sebentar dan senyum sejenak menghilangkan stress dan kelelahan otak setelah bekerja..let's try..for fun only...

Pilih Bulan Kelahiran Anda:
Januari - Aku Mencintai
Febuari - Aku Menggigit
Mac - Aku Membelasah
April - Aku Memeluk
Mei - Aku Terhantuk Dengan
Jun - Aku Terkentut Depan
Julai - Aku Menari Dengan
Ogos - Aku Berdating Dengan
September - Aku Melambai Dekat
Oktober - Aku Marah Dengan
November - Aku Menjerit Dekat
Disember - Aku Terlanggar

Pilih Tarikh Kelahiran Anda:
1. Adik Aku
2. Laptop Aku
3. Man. United
4. Garfield
5. Musuh Dalam Selimutku
6. Pooh
7. Handphoneku
8. Gerrard
9. Driver Bas
10. Semut
11. Kawan Baik Ku
12. Polis
13. Teddy Bear
14. Patung Barbie
15. Safie Sali
16. Ibu Mertua Ku
17. Ibu Saudara Ku
18. Teman Wanita / Lelaki Aku
19. Makcik Kantin
20. Sharifah Amani
21. Upin dan Ipin
22. Anuar Zain
23. Spongebob dan Patrick
24. Siti Nurhaliza
25. Michael Bubble'
26. Kawan Sekampung
27.Makcik Sebelah Umah
28. Taylor Swift
29. Awek Cun / Balak Hensem
30. Lisa Surihani
31. Org Kurang Sihat

Pilih Warna Pakaian Yang Dipakai Oleh Anda Sekarang
1. Putih - Sebab aku perasan yang aku ni cantik / hensem hari nie.
2. Hitam - Sebab aku stress hari nie.
3. Pink - Sebab aku romantik hari nie.
4. Merah - Sebab bos aku suruh.
5. Biru - Sebab aku dah tak tahan lagi.
6. Hijau - Sebab aku baik hati hari nie.
7. Ungu - Sebab aku penyayang
8. Kelabu - Sebab org meja sebelah yang suruh.
9. Kuning - Sebab suka hati aku ler..
10. Oren - Sebab aku baru putus cinta..
11. Cokelat - Sebab aku sesat..
12. Maroon- Sebab aku merinduinya..

Sambungkan ayat2 tersebut, dan kongsikan jawapan anda..biar jujur, baru best..jom try..

Sep 22, 2011

7 Dulang berbalas 9 Dulang - Part 2

Part 1 barangan hantaran untuk pengantin perempuan..yang ni, barangan hantaran untuk pengantin lelaki..

Barangan Hantaran Pengantin Lelaki


Jam Tangan & Cincin
Sepersalinan Solat
Sepersalinan Kasual
Minyak Wangi

Buah-buahan
Sirih Junjung..Bkn Cik buat.

Cokelat..
Kek..
Sepatu












Kek dan cokelat tu Cik tempah daripada Cikgu Cik..kalo puan2 atau anda semua nak order leh tgk blog beliau disini...

7 Dulang berbalas 9 Dulang - Part 1

Berbalas dulang hantaran agak sinonim dengan budaya perkahwinan masyarakat melayu dan juga bangsa yang lain..ttp, adakalanya Cik terpikir, perlu ke membuat berbalas dulang ni..ini kerana tidak semua orang berkemampuan untuk menyediakan segala barangan tersebut..hmmm..tp, bagi yang mampu, adakalanya seperti mahu menunjuk2 barangan yang disediakan..pelik2..tp..bagi penggubah dulang tersebut, yang akan pening kepala memikirkan konsep dan hiasan yang paling sesuai bagi memenuhi citarasa dan selera bakal pengantin..begitu juga dengan Cik..ttp..Cik buat ini sekadar untuk membantu kawan baik Cik dan dalam masa yang sama menambah sikit duit poket Cik...Silalah jamu mata dengan hasil kerja tangan Cik yang xseberapa tu..Cik buat untuk kedua2 belah pihak..

Hantaran untuk Pihak Perempuan


Cincin Kahwin beserta Wang Mas Kahwin
Set Peribadi Pengantin Perempuan





Sirih Junjung..tp..ni Cik xbuat.
Buah-buahan
Telekung
Sepatu dan Beg Tangan
 
Minyak Wangi




Sep 14, 2011

Jemput2 Kentang cara Cik Nazha

Hari ni..Cik nak post entry ttg masak lagi..aiyoo..Ms Bulat ni kan..betul tau..makan je keje dia..hehehe..ok..hari ni Cik nak post tentang makanan yang menjadi kegemaran keluarga Cik, xkira le untuk sarapan pagi, minum petang @ time memalam..agak leceh tp..sedap...xyah crita panjang..meh2 kita tgk bahan2nya dan cara membuatnya...


Bahan2nya:
- 2 biji kentang bersaiz sederhana (didadu kecil2)
- 1 labu bwg besar (didadu kecil2)
- 3 biji bawang putih (dicincang)
- Segenggam ikan bilis (ditumbuk kering @ diblender kering kasar)
- Sedikit garam dan gula
- Daun bawang (dipotong kasar)
-Tepung gandum secukupnya

Cara2nya:
- Campur semua bahan menjadi batter.
- Panaskan minyak, goreng jemput2 anda sehingga kekuningan..
- Hidangkan panas2, bersama sos kegemaran anda. Rasanya enak ditambah dengan harum bau daun bawang.

Selamat mencuba.

Sep 13, 2011

Upside Down Pizza

Salam dan selamat petang buat semua pembaca blog diluar sesana, sesini..huhu..Cik doakan agar kalian semua sihat sentiasa..Cik kureng sihat skit..maybe sbb terlebih makan time raya..huhuhu..ok..hari ni Cik nak post entry pasal makanan..erm..sbb tu Cik ni bulat, sbb..Cik suka makan..tp..Cik jaga gak kadar masin, manis dan minyak didalam makanan..ok2..sblm Cik merapu pepanjang..Cik malu gak nak share gambarnya..Kak Ida kita buat x hangus, tp..Cik buat leh plak hangus..aiyoo...tp..Kak Ida, Cik minta maaf sbb Cik menderhaka skit resepi ini...xpe, ni resepinya atau anda semua leh rujuk kat link ini...



Bahan2 utk meat sauce-nya:
- 2 peket isi ayam cincang
- 1 labu bawang holland (dicincang) *
- 5 biji bawang putih (dicincang) *
- 10 biji cili padi (ni Cik letak sendiri)
- 15 biji cendawan butang (Cik guna yang segar)
- Sebotol sos pasta Prego
- Garam secukup rasa
- Keju mozzarella dan chesdale secukupnya

Cara2nya:
- Tumis bahan yang bertanda (*) hingga kekuningan sedikit. Kemudian masukkan hirisan cili padi.
- Setelah agak garing, masukkan isi ayam cincang, tumis sehingga isi ayam bertukar ke warna putih..
- Masukkan sos pasta dan kacau lagi, setelah agak kering, masukkan cendawan butang dan masak lagi, tetapi jangan biarkan terlalu kering. Perasakan dengan garam, jgn terlalu masin ye..
- Tutup api dapur dan masukkan kedalam baking dish tahan panas, tp, oleh kerana rumah Cik xde, Cik guna le loyang panjang. Biarkan sosnya sejuk.

Bahan2 utk membuat batter:
- Sebiji telur
- 2 sudu minyak zaitun
- 1 1/2 cawan susu segar
- sedikit garam
- 1 1/2 @ 2 cawan tepung gandum
- Keju Parmesan secukupnya

Cara2nya:
- Pukul telur sehingga kembang, kemudian masukkan susu dan pukul lagi.
- Kemudian masukkan minyak zaitun dan kacau lagi.
- Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum sehingga mencapai kelikatan seperti membuat pancake.
- Masukkan sedikit garam dan gaul lagi.

Cara menyediakannya:
- Penuhkan keju diatas meat sauce sehingga menutupi meat sauce.
- Kemudian tuangkan batter sehingga menutupi meat sauce. Taburkan keju Parmesan diatas batter.
- Bakar pada suhu 180c selama 30 - 40 minit.

Selamat mencuba.

Sep 6, 2011

Ikan Keli Bawang Goreng

Lamanya xupdate blog..aiyoo..apa sudah jadi..bulan puasa aritu, kemalasan sudah menguasai diri..apa pun xbleh..ok..aritu Cik try menu ni..mmg sedap..selama ni..yg Cik tau, ikan keli berlada yg sambalnya agak basah..tp ni..mmg kering dan sedap..lg2 ada aroma bawang goreng..pergh mmg sedap...terima kasih kepada akk Azian..utk resepi lanjut sila klik..Meh Cik tunjukkan resepinya:



Bahan2nya:
- 5 ekor ikan keli (potong 2)
- 10-15 biji cili padi (Cik tambah, sbb nak pedas)*
- 10 ulas bawang merah *
- 2 ulas bawang putih (Cik guna 5 ulas)*
- 1/2 cawan bawang goreng (Cik lebihkan sikit)
- Garam dan gula secukup rasa


Cara2nya:
1. Ikan keli dicuci bersih. Kemudian, lumur dengan serbut kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga garing.
2. Tumbuk bahan yang bertanda (*) jgn lumat sangat. Cik amik kaedah lain, blender kasar.
3. Tumis bahan tumbuk/blender sehingga kekuningngan. Masukkan garam dan gula, masak lagi hingga garing.
4. Kecilkan api, masukkan ikan. Gaul seketika.
5. Masukkan bawang goreng, gaul lagi dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.

Terima kasih sekali lagi kepada kak Azian. Selamat mencuba kepada blogger yg lain..Mmg sedap..xrugi mencubanya..

Jul 27, 2011

Betul Ke?? - Kata Wanita Tentang Lelaki Kacak dan Tidak Kacak.

Kalau lelaki kacak pendiam
Perempuan akan cakap: Wow, cool giler.
Kalau lelaki hodoh pendiam
Perempuan akan cakap: Eh perasan bagus.
Kalau lelaki kacak berbuat jahat
Perempuan akan kata: Nobody’s perfect.
Kalau lelaki hodoh berbuat jahat
Perempuan akan cakap: Patutpun, muka pun macam pecah rumah!
Kalau lelaki kacak menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: Wah! Machonya, macam hero filem!
Kalau lelaki hodoh menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: Entah2 kawan dia.
Kalau lelaki kacak dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: Sepadan sangat.
Kalau lelaki hodoh dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: Mesti kena bomoh perempuan tu!
Kalau lelaki kacak ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: Jangan sedih, kan saya ada.
Kalau lelaki hodoh ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: (terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)

Kalau lelaki kacak penyayang binatang
Perempuan akan cakap: Perasaannya halus. Penuh kasih sayang.
Kalau lelaki hodoh penyayang binatang
Perempuan akan cakap: Sesama keluarga memang harus menyayangi.
Kalau lelaki kacak bawa BMW
Perempuan akan cakap: Matching. Hebat luar dalam.
Kalau lelaki hodoh bawa BMW
Perempuan akan cakap: Bang, bosnya mana?
Kalau lelaki kacak tak mahu bergambar
Perempuan akan cakap: Pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar
Kalau lelaki hodoh tak mau bergambar
Perempuan akan kata: Tak sanggup tengok hasilnya ye?
Kalau lelaki kacak menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: Ini barulah lelaki gentlemen.
Kalau lelaki hodoh menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: Naluri pembantu, memang begitu.
Kalau lelaki kacak bersedih hati
Perempuan akan cakap: Let me be your shoulder to cry on.
Kalau lelaki hodoh bersedih hati
Perempuan akan kata: Kuat nangis!! Lelaki ke bukan ni?

Betul Ke?? - Kata Lelaki Tentang Wanita Cantik dan Tidak Cantik

Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mesti ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih 
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
 
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 misscall
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Jul 22, 2011

TERPEGUN..TERKESIMA..TERPERANJAT..DAN MACAM2 LG..

Aduh..berapa banyak 'TER' daa...ok2..ni Cik nak bgtau..Cik mmg baru dalam dunia penulisan blog..Cik amat suka menulis walaupun jarang nak meng'update' seperti sifu2 blog yang dah terlalu ramai pengikut tu..macam..Che Mat Gebu - DTS, Ben Ashaari, K. Jee, Melur jelita dan ramai lagi..Cik menulis blog ni hanya untuk berkongsi cerita seharian Cik atau apa yang berlaku disekeliling Cik..

Namun..Cik adakalanya alpa dan kekurangan masa untuk meng'update' kerana sibuk dengan tugas..tu yang td dok sapu2 dan mop2 blog..tiba2..Cik nampak satu nama yang begitu Cik minati..xkira le dari segi blog masakan dan coretan2 beliau..tp..Cik juga minat dia berlakon dalam drama komedi..Ya Allah..Kak Jee jadi follower blog Cik yang xseberapa ni...beruntung dan bangganya...terima kasih Cik ucapkan kepada Kak Jee..Cik doakan agar Kak Jee sentiasa sihat dan ceria..terima kasih yang xterhingga untuk Kak Jee..

Selain daripada itu..Cik juga lihat ada satu nama besar juga yang menjadi follower Cik..iaitu..Kak Melur Jelita..terima kasih kak..Cik paling suka baca Novellog cipataan akak..amat menyayat hati..Cik berharap..agar novel 'ASST' akan segera ada dipasaran..Cik xsabar nak membaca kesudahannya..Cik betul2 rindu dengan Puteri Intan Zulaika dan Hilman Yong..

Semoga ini menjadi satu semangat untuk Cik rajin menulis entry2 terbaru..InsyaAllah..Terima kasih skali lagi untuk semua sifu2 blogger yang telah banyak memberi inspirasi kepada Cik...

Lamanya Cik xupdate..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..lama sungguh Cik x buat entry..bukan apa..Cik agak sibuk skrg nie..aduh...sampai sukar sikit nak bernafas..bak kata Sepah:'Ha..semput..'..hikhikhik..Cik sentiasa mendoakan dan berharap, agar semua kenalan Cik sihat dan sentiasa berada didalam keadaan yang tenang dan ceria..hmmm..xlama lg..bulan puasa bakal menjelma..Cik bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasa Ramadhan untuk kali ini..Cik berharap..xkn ada halangan yang datang untuk menyempurnakannya..insyaAllah..semoga kita semua dirahmati oleh Allah..sekian...

Jun 7, 2011

Ruginya Saya........

Malaysia kaya dengan pelbagai jenis hasil bumi dan yang boleh dimakan..Cik ni..bab makan kurang memilih dari segi sayur dan ulam2..tp..bila tang ikan, Cik agak memilih sikit..bkn apa..Cik xmkn ikan yang dimasak berkuah..kalo ikan goreng atau ikan goreng yang dimasak sambal atau kuah..konpem licin..tp..makanan laut yg lain, Cik xtolak..kecuali udang..nnt gatal..dan muka Cik akan membengkak...tp..kenapa udang kering, Cik leh makan...
Dulu..Cik xreti nak makan BUDU..skali bila dah pekena..makan keropok pun dengan budu..lagi2 bila diletak bawang besar + cili padi + perahan limau = masyuk je rasanya..nak tau..Cik ada sorang kawan baik..masa sama2 dok umah sewa, kitaorg slalu masak n makan sesama..suatu hari tu..kitaorg makan seperti biasa cuma kali ni ada budu..pas abis makan..terkejut Cik..tgk dia bleh hirup je budu tu..katanya..dah biasa..tp..budu mmg sedap...

   











TEMPOYAK...Cik paling suka..dari xpernah makan..Cik jd penggemar tempoyak..nak buat mmg xreti..tp..kalo nak makan..konpem Cik bleh licinkan pinggan..hikhikhik..sedapnya..lagi2..kalo ia ditambah dalam masakan..mcm pucuk ubi masak lemak cili api letak tempoyak..mmg marvellous..xpun..tempoyak + hirisan bawang besar + cili padi = hangat skali...

 

dan...terbaru Cik belajar makan ialah..IKAN PERKASAM..seumur hidup Cik..mmg xpernah makan ikan perkasam..Cik cuba makan ikan ni..bila tgk ada seorang akak ni jual kat FB..terus berkenan nak cuba..anda bleh klik link ni.. http://www.facebook.com/farzana.abdullah ..ikan perkasam mmg best..Jenama Seri Impian Perkasam tau...goreng garing2..leh makan ngan tulang2 ikan skali..ni sementara ngah cerita ngan anda semua..Cik ada order 5 pek ikan perkasam dengan akk tersebut..ia dah sampai dan Cik dah makan sekor ikan lampam semalam you..sedapnya...


Jadi..Cik rasa..adakalanya..Cik menjadi seorang rakyat Malaysia yang rugi..sebab..Cik terpaksa memilih makanan..sbb..alergi you..xleh sebarang mkn..nnt tumbang..hikhikhik..walaupun Cik berbadan besar..Cik amat mengurangkan memakan DAGING..sekali sekala leh ler..xleh selalu dik..family Cik ada yg mempunyai GOUT..so..Cik kena berhati2..tp..Cik paling xsuka makan DAGING KAMBING..nnt..Cik leh PENING..kalo nak diikutkan, masih banyak lagi makanan yang Cik xleh dan xbrapa suka nak makan...rugi betul..tp..nak wat camner dik...Cik redha je..hikhikhik..ok..tu sahaja daripada Cik utk kali ni..jumpa di N3 yg lain..xoxo