Nov 1, 2011

Taufu Pok Goreng Berinti

Pekabor semua..tuan2, puan2, blogger2 yg Cik kasihi lagi Cik sayang..uit..lama sudah Cik xupdet..tu ler..org buat blog..ko nak buat blog..org updated sentiasa..ko yang ado je ler..hikhikhikhik..

Ok..arini Cik nak masukkan entry menu yang paling ringkas dan sedap..Cik amik resepi ni daripada Dapur Ibundo..resepi penuh sila klik link ye...ianya mmg sedap, lagi2 dimakan pabila panas2..ok2..xmo cerita lebih2..jom kita tgk resepi..maaf, kualiti gambar xmemuaskan langsung.




Bahan2nya:
- Taufu pok (belah menjadi kelopak bunga dan diterbalikkan, berhati2, jgn sampai gabak)
- 2 keping dada ayam (dicincang)
- Sedikit lobak merah (diracik halus)
- 3 keping cendawan shitake segar (dicincang)
- 3 ulas bawang merah (dicincang) *
- 3 ulas bawang putih (dicincang) *
- Sedikit halia (dicincang) *
- Sedikit serbuk lada hitam
- Garam secukupnya
- Tepung gandum
- 2 biji telur

Cara2nya:
- Taufu pok dibelah menjadi kelopak bunga dan diterbalikkan, berhati2 jgn sampai gabak. Ketepikan.
- Tumiskan bahan bertanda (*), tumis hingga naik bau. Masukkan isi ayam dan masak hingga airnya kering.
- Kemudian, masukkan cendawan dan masak lagi, pastu, masukkan lobak merah.
- Masukkan serbuk lada hitam, garam dan masak sehingga airnya agak kering..jangan basah sgt. Sejukkan inti.
- Sudukan ke dalam taufu pok tadi, golekkan taufu pok kedalam tepung dan telur.
- Goreng sehingga keemasan. Hidangkan panas2..sedap dimakan bersama dengan sos kegemaran anda.



Selamat Mencuba..Terima kasih kepada Dapur Ibundo..

No comments:

Post a Comment