Mar 27, 2013

Impian Majlis Perkahwinan Saya..


Salam dan apa khabar semua...Cik doakan anda semula sentiasa berada didalam keadaan yang sihat..aiyoo...asyik tertangguh je nak hupdate status...keluarga Cik masih berada didalam keadaan sedih diatas kehilangan kucing kami dan juga kematian kucing kami..erm..sampai hati yang merembat kucing kami tu...kucing Cik tu sampai jatuh sakit dan mati merindui kucing yang hilang...sedih2...

Ok..hari ni, Cik nak hupdate ttg WALIMATUL URUS @ KENDURI KAHWIN...sekarang ni kan tengah cuti sekolah..jadi ramai le yang membuat majlis persandingan mereka time ni..tp..apa yg Cik lihat skrg..kebanyakkan orang, tidak melihat @ menunggu time cuti sekolah..mereka adakalanya mengambil tarikh cuti umum sebagai meraikan mereka..ok..today Cik nak cerita ttg impian majlis perkahwinan Cik...ye la..Cik kn masih bujang lg...jom2 kita story..

PERNIKAHAN..Cik nak sangat agar Cik dinikahkan oleh ayahanda Cik sendiri didalam sebuah majlis yang simple dan sederhana...Cik berharap dapat buat majlis tu dirumah je..warna tema yang Cik akan pilih bagi pihak Cik adalah warna UNGU @ PURPLE..sbb..Cik suka sangat warna tersebut...kalo dapat sepasang kurung yang simple mcm ni pun..dah ok.....seperti baju ini..


Dan bagi PERSALINAN pula..Cik memilih baju warna BIRU TURQOISE @ BIRU LEMBUT...sebab ini adalah warna kegemaran bagi pihak sebelah...TETAPI...Cik xkn buat MAJLIS BERSANDING..sbb Cik xsuka...minta maaf yer...bukan sbb nak save budget ke apa..tp..Cik mmg xsuka...


untuk CINCIN pula..oleh kerana Cik alergik terhadap CINCIN EMAS KUNING..Cik akan memilih CINCIN EMAS PUTIH dihari bahagia Cik nnt...kesian pihak sebelah sana...batu kecik pun harga dan beratus2..maaf ye awk...kita xleh nak watpe...huhuhu...utk CINCIN PERTUNANGAN, Cik akan memilih cincin bersama sebutir batu je..tp..kalo CINCIN KAHWIN, Cik akan memilih batu besar sikit @ batu banyak...hehehehehe....tp..Cik paling suka, paling admirer CINCIN PERTUNANGAN LADY DIANA...sgt cantik...




BERAPA HANTARAN yang akan Cik minta...ekh..itu rahsia..janji ianya mengikut kemampuan pihak sebelah...janji ianya akan dipersetujui oleh kedua belah pihak...


HIDANGAN UNTUK MAJLIS..Cik nak tukar..Cik xmo NASI MINYAK...Cik nak wat makanan berlauk...biar kita habis duit untuk makan..dengan harapan tetamu semua akan berpuas hati dan kenyang....ni semua menu wajib kena ada...ok x...









tp..KEK IDAMAN Cik...ini part yang paling best..I LIKE SANGAT...Cik nak kek yang sedap dan hiasan yang menarik...yang paling penting..SEDAP DIMAKAN, SEDAP DITATAP...




Cik berharap impian Cik ini akan menjadi kenyataan..Cik lebih suka kalo buat mcm ni..insyaAllah...ni nak kena kumpul duit...sbb  nak wat majlis ni nnt...kepada pasangan2 yang akan mendirikan rumahtangga itu, Cik doakan kalian bahagia hingga akhir hayat..diberikan Allah zuriat yang soleh dan solehah...utk Cik pula..anda tlg doakan agar Cik cepat2 bergelar isteri orang...umur dah 29 ni...label ANDARTU plak...hehehe...berjumpa lagi di update akan datang...

p/s: GAMBAR2 DIATAS ADALAH EHSAN DARIPADA PAKCIK GOOGLE...sekian, terima kasih..


Mar 8, 2013

BANTUAN ANDA DIPERLUKAN...



PERHATIAN!!!!!!!!!!!!!!

SAYA MEMERLUKAN BANTUAN ANDA...SEKIRANYA ANDA TINGGAL BERHAMPIRAN DENGAN KAWASAN RUMAH SAYA DI LORONG SERKAM 1, JALAN DAUD, MUAR, JOHOR...SEKIRANYA ANDA PERNAH MELIHAT KUCING INI...BERWARNA PUTIH, BERMATA BIRU MEMPUNYAI SEGARIS BELANG DI HIDUNG DAN SEDIKIT2 DI BADAN...TOLONG PULANGKAN KEPADA KAMI...SAYA MERAYU SANGAT...KAMI SEKELUARGA DAN KUCING2 YANG LAIN AMAT MERINDUINYA...KUCING SAYA YANG SERING BERMAIN DENGAN KUCING YANG HILANG KINI SAKIT..TIDAK BERSELERA NAK MAKAN..TOLONGLAH...SAYA MERAYU SANGAT...SAYA MEMANG XDAPAT NAK MEMBERI SEBARANG GANJARAN KEPADA ANDA..TETAPI ALLAH JUGA YANG AKAN MEMBALASNYA...TOLONGLAH SAYA...


Feb 26, 2013

Hikayat Kenangan Zaman Silam (Part 4)



Salam dan apa khabar semua..Cik doakan anda semua sentiasa sihat dan bergumbira..anda tentu maklum cuaca skrg agak xmenentu..kejap ujan...kejap panas terik..tetapi..Alhamdulillah..semuanya adalah pemberian yang xterhingga oleh Allah...maaf ye..dah lama Cik xhupdate blog...Cik pun kurang sihat..dr suatu penyakit..ke satu penyakit yang lain..Allah memberi peringatan agar sentiasa bertaubat diatas setiap kesalahan dan dosa lampau ataupun yang baru...sedih sgt...
Ok..hari ni Cik nak sambung ttg mereka yang sentiasa bersama Cik...senang cite..kawan lepak melepak dan kwn belajar sesama...mereka adalah kawan yang terbaik, pemberian Allah kepada Cik...they are awesome...love them so much...Cik mulakan cerita dgn............

 Norulhuda a.k.a Uder..anda akan nmpk wajah dia..didalam setiap cerita Cik..sbb.dia ni mmg classmate + study mate + group mate + housemate..so..anda akn sentiasa nmpk dia...huhuhu..dia mcm Cik..bekerja di negeri sendiri...


Keluarga bahagia Rizal...menikah masa masih belajar lagi...comel betul anak mereka..Cik belum berkesempatan jumpa lagi....



Mereka berdua adalah pasangan suami isteri....comelkan mereka berdua nie...



Emma Nazura a.k.a akk cantik..budak rumah Cik panggil dia AKAK CANTIK...sbb dia mmg cantik...beliau ni pun dah berkahwin..dia adalah seorang wanita yang kuat dan tabah didalam menjalani kehidupan..I love her so much..


Hanisah Mahamat a.k.a Echah @ Missy Elliot...minah gelabah...she always make us laugh..so..we all kenakan dia balik masa birthday dia..amik ko..kena sekali dengan kru WAKENABEB..

Fiza a.k.a Pija..dia ni pun dah berumah tangga dan ada sorang baby boy..pun Cik belum berkesempatan nak jumpa...xtau le bila nak pi jumpa...


 Kamariah a.k.a KK..beauty with brilliant brain...bila Cik tgk dia berhijab..she looks much more beautiful...dulu she was a coffee addicted..xtau le skrg mcmana...


Firdaus a.k.a Daus..mat poyo with a brilliant brain...Cik xpasti dia skrg keje apa..sbb dia jarang online...erm....nnt Cik check....

Cik amat rindukan mereka..bila nak buat reunion je..selalu xjd..bila le dapat gather dgn diaorg..mereka semua bekerja di Kuala Lumpur..Cik dan kawan Cik tercampak balik ke negeri sendiri...sedih gak...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....apa pun..Cik sentiasa doakan yang terbaik utk mereka....mereka kawan2 yang sentiasa bersama2 membuat plan2 jahat utk birthday dan sama2 blaja utk mendapatkan markah yang terbaik...SOOOOOOOOOOO...KORANG INGTKAN KENANGAN BIRTHDAY ANDA..YG SELALU TERLEPAS RAMAI GAK..GERAM TAU....LOVE n MISS U ALL....

~Bersambung~

Jan 26, 2013

Hikayat Kenangan Zaman Silam (Part 3)

Assalamualaikum dan selamat petang..lama juga Cik xupdate..hurm..hari ni..Cik nak memperkenalkan kengkawan kelas Cik..waa..semuanya terdiri daripada yang kekacak dan cecantik..rosak bahasa ko..aduyai...kelas Cik xramai dan xsedikit..yang sedang2 aja..semuanya hensem2 belaka dan cantik2 belaka..semuanya sempoi dan kepala gila2..we love each other..wahh..statement xleh blah...we still contact with each other walaupun xselalu..bak kata org..JAUH DIMATA, DEKAT DIHATI..i loike...


Baiklah..ini adalah sebahagian daripada classmate Cik...susah senang bersama..we all xsemestinya sekelas je..sbb..in my class, Cik sorang je amik course Marketing..half of them amik course Management dan half lagi amik Finance..tp..bila kami buat projek apa pun..kami akn buat sama2..


Pernah suatu masa kami buat projek utk subjek PEMASARAN..walaupun itu bukan projek group kami..tp kami akn sama2 buat..kdg2 budak rumah yg xde kena mengena dgn course kami pun jadi mangsa..kebanyakkannya..bila kami buat projek..mereka semua akan berkumpul di rumah Cik..adakalanya sampai tidur kat rumah Cik...seronok sgt..

 

 Diatas adalah gambar terakhir kami bersama..ni masa majlis jamuan BBQ kami bersempena dgn kejayaan program GSM yang telah kami lakukan...yang mana projek tersebut membawa kami ke Batam, Indonesia...seronok sgt...Didalam gambar tersebut adalah TENAGA PENGAJAR yang banyak memberi kami semangat, ilmu dan tunjuk ajar yang xterhingga..jasa mereka xdpt kami balas..kami semua berjaya kerana didikan yang diberikan oleh mereka...

Ini pula waktu kami menjalani latihan konvokesyen...kami bersama didalam keadaan susah dan senang...ketawa, menangis, dan pelbagai perasaan kami kongsi bersama...namun begitu persahabatan kami tetap berpanjangan walaupun sekadar bertanya khabar di laman sosial...


Ini gambar sewaktu majlis berbuka puasa...ni kami pi makan kat Bagan Lalang..jauh perjalanan kami ketika itu...terer x kami..seronok dpt hang out sama2...tp..selepas itu..setiap kalo kami nak buat reunion..slalu xjd..susah bila kita dah plan terlalu lama... tapi Cik berharap, suatu hari nnt kami akan diberikan ruang waktu utk bertemu semula..semoga Allah merahmati dan memberi kalian kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan...

-Bersambung-


Jan 10, 2013

Hotel2 yang berada Di Muo

Baiklah..hari ni Cik nak sambung lagi dengan tempat penginapan..di Muo ini terdapat pelbagai jenis hotel yang ada..anda boleh menginap dihotel2 tersebut bagi menghilangkan penat lelah mengharungi perjalan yang memenatkan seharian didalam kereta @ pengangkutan awam...antara hotel2 yang ada ialah:


1) Muar Traders Hotel
Terletak dipersisiran Sungai Muo..bangunan ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Dahulunya bangunan ini adalah Bangunan Umno Pagoh. Dikelilingi dengan pelbagai kemudahan seperti bank, pengangkutan awam dan pelbagai. Dibawah hotel terdapat Secret Recipe. Harga bilik yang berpatutan. Dewan untuk membuat majlis juga tersedia daripada dewan besar sehingga dewan kecil yang boleh menampung sehingga 800 orang dalam suatu masa bagi susunan 'theater'. Hotel ini juga mempunyai kawasan meletak kenderaan yang banyak dan diawasi oleh pegawai keselamatan. Sekiranya anda lapar diwaktu malam, terdapat warung2 yang dibuka bersebelahan dengan hotel. Selain daripada itu, hotel ini juga berhadapan dengan Balai Polis Muo dan berdekatan dengan Istana Hinggap Sultan Johor.

2) Hotel Classic
Terletak di tengah bando..bersebelahan dengan Wetex Parade. Harga biliknya juga agak berpatutan namun parking yang agak terhad. Sekiranya anda lapar pada waktu malam, anda bolehlah menuju ke kedai mamak yang dibuka utk tempoh 24 jam. Kedai Amir Sup.

3) Hotel Pelangi
Hotel ini terletak dibelakang Hotel Classic. Berdekatan dengan pasaraya dan harga bilik yang berpatutan. Kawasan parking yang terhad selain daripada mempunyai pusat karaoke dibawahnya.

4)Hotel D'99
Terletak berhampiran dengan Padang Nyiur. Harga bilik yang berpatutan dan berdekatan dengan petrol pam. Mempunyai kawasan parking yang agak terhad dan berada ditepi jalan. Terdapat sebuah restoran dibahagian bawah. Selain daripada itu ianya juga berhampiran dengan jambatan utama ke Muo dan bustand bas ekspress.

 5) Hotel Riverview
Terletak di Jalan Bentayan, berdekatan dengan Hotel D'99. Harga bilik yang berpatutan dan kawasan parking terletak dihadapan hotel. Dibawah bangunan terdapat sebuah Bistro bagi yang ingin bersantai.


6) Hotel Townview
Terletak bersebelahan dengan Tabung Haji dan berhadapan Hotel Pelangi. Harga bilik yang berpatutan dan kawasan parking yang terhad.




7) Hotel Streetview
Terletak berdekatan dengan pasar cina. Harga bilik yang berpatutan dan parking yang terhad. Bangunan lama yang dijaga rapi dan diubah mengikut kesusuaian namun masih mengekalkan keasliannya.



dan...terdapat banyak lagi hotel di Muo ini yang anda boleh sewa bagi merehatkan diri. Selain daripada itu terdapat juga homestay dan budget hotel. Anda boleh pilih mengikut bajet, kesesuaian dan keselesaan anda. Erm..apalagi yang Cik nak cerita yer..ok..Cik akan sambung lagi dengan info menarik di Muo ini...

~Bersambung~