Jan 10, 2013

Hotel2 yang berada Di Muo

Baiklah..hari ni Cik nak sambung lagi dengan tempat penginapan..di Muo ini terdapat pelbagai jenis hotel yang ada..anda boleh menginap dihotel2 tersebut bagi menghilangkan penat lelah mengharungi perjalan yang memenatkan seharian didalam kereta @ pengangkutan awam...antara hotel2 yang ada ialah:


1) Muar Traders Hotel
Terletak dipersisiran Sungai Muo..bangunan ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Dahulunya bangunan ini adalah Bangunan Umno Pagoh. Dikelilingi dengan pelbagai kemudahan seperti bank, pengangkutan awam dan pelbagai. Dibawah hotel terdapat Secret Recipe. Harga bilik yang berpatutan. Dewan untuk membuat majlis juga tersedia daripada dewan besar sehingga dewan kecil yang boleh menampung sehingga 800 orang dalam suatu masa bagi susunan 'theater'. Hotel ini juga mempunyai kawasan meletak kenderaan yang banyak dan diawasi oleh pegawai keselamatan. Sekiranya anda lapar diwaktu malam, terdapat warung2 yang dibuka bersebelahan dengan hotel. Selain daripada itu, hotel ini juga berhadapan dengan Balai Polis Muo dan berdekatan dengan Istana Hinggap Sultan Johor.

2) Hotel Classic
Terletak di tengah bando..bersebelahan dengan Wetex Parade. Harga biliknya juga agak berpatutan namun parking yang agak terhad. Sekiranya anda lapar pada waktu malam, anda bolehlah menuju ke kedai mamak yang dibuka utk tempoh 24 jam. Kedai Amir Sup.

3) Hotel Pelangi
Hotel ini terletak dibelakang Hotel Classic. Berdekatan dengan pasaraya dan harga bilik yang berpatutan. Kawasan parking yang terhad selain daripada mempunyai pusat karaoke dibawahnya.

4)Hotel D'99
Terletak berhampiran dengan Padang Nyiur. Harga bilik yang berpatutan dan berdekatan dengan petrol pam. Mempunyai kawasan parking yang agak terhad dan berada ditepi jalan. Terdapat sebuah restoran dibahagian bawah. Selain daripada itu ianya juga berhampiran dengan jambatan utama ke Muo dan bustand bas ekspress.

 5) Hotel Riverview
Terletak di Jalan Bentayan, berdekatan dengan Hotel D'99. Harga bilik yang berpatutan dan kawasan parking terletak dihadapan hotel. Dibawah bangunan terdapat sebuah Bistro bagi yang ingin bersantai.


6) Hotel Townview
Terletak bersebelahan dengan Tabung Haji dan berhadapan Hotel Pelangi. Harga bilik yang berpatutan dan kawasan parking yang terhad.




7) Hotel Streetview
Terletak berdekatan dengan pasar cina. Harga bilik yang berpatutan dan parking yang terhad. Bangunan lama yang dijaga rapi dan diubah mengikut kesusuaian namun masih mengekalkan keasliannya.



dan...terdapat banyak lagi hotel di Muo ini yang anda boleh sewa bagi merehatkan diri. Selain daripada itu terdapat juga homestay dan budget hotel. Anda boleh pilih mengikut bajet, kesesuaian dan keselesaan anda. Erm..apalagi yang Cik nak cerita yer..ok..Cik akan sambung lagi dengan info menarik di Muo ini...

~Bersambung~



No comments:

Post a Comment