Dec 14, 2012

Apa Yang Sedap Di Muo

Assalamualaikum....apa khabar semua...Cik harap anda semua sihat belaka..baiklah..dah lama sangat tergendala..naik bersepah dah blog ni..aiyoo..masa untuk publish post yang tertangguh..jemputlah baca...

ORANG SELALU TANYA...APA YANG SEDAP DI MUO...


MEE BANDUNG ABANG SAYANG, bersebelahan dengan MUAR TRADERS HOTEL.
MEE BANDUNG ABU BAKAR HANIPAH..ni kira OTAI MEE BANDUNG MUO...berdekatan dengan kedai menjual barangan pengantin.

MEE BANDUNG MUAR..ini terletak di TANJUNG AGAS, berdekatan dengan PETRONAS PETROL PUMP.
 

Apalagi yang sedap di Muo selain daripada Mee Bandung..berikut diatas adalah beberapa kedai yang Cik mmg rekemen kalo anda teringin nak makan MEE BANDUNG MUO..tp..disini Cik nak tegaskan..ORIGINALITY MEE BANDUNG MUO, TIDAK MASAM..TIDAK DITAMBAH DENGAN TOMATO...bukan tu je..perencah yang dah siap pun ada dijual..diantaranya...



1. JENAMA ADAMI
2. JENAMA MAHARANI
3. JENAMA MAK PON
4. JENAMA HAJI SERNAN

Kalo nak judge mee bandung sapa paling sedap..mmg Cik xpandai..sbb..Cik kurang makan MEE KUNING, xbrapa suka kuah UDANG KERING..anda kena try sendiri..mmg berbaloi..so..kalo anda nak masak sendiri..beli perencah tersebut dan boleh masak di rumah..gerenti puas hati...


BERSARAPAN DENGAN SATEY ?? PELIK TAK...


Selain daripada itu, makanan yang paling femes di Muo, yag mana tempat lain xde ialah ANDA BERSARAPAN MEE REBUS DAN SATE...huhuhuhu..hanya di Muo je yer..anda selalunya makan sate time malam @ tengahari..tp tidak di Muo..inilah salah satu lagi keunikan di Muo..bila Cik berjalan ke Negeri lain pun..mmg xjumpa sate masa waktu sarapan pagi.

Kedai sate dah dibuka awal pagi..jadi..mana2 penduduk yang pergi ke pasar awam, berjogging yang xsampai se'round' tp makan  sate' ber'round'2..huhuhuhu. Cik ingt, dulu masa Cik baru nak meningkat remaja, Cik selalu ikut arwah nenek pergi pasar awam untuk beli ikan, sayur dan mcm2 lg..jadi, arwah nenek slalu bg upah teman beliau dengan makan satay dan mee rebus..rindunya kat arwah nenek Cik..

Ok..kita sambung lagi, apa lagi makanan yang merupakan menjadi sebutan apabila anda tiba di Muo...ianya adalah, ASAM PEDAS MUO...


 Kalo anda rasa nak pekena asam pedas yang best..Muo sepatutnya menjadi pilihan anda..bagi penggemar asam pedas, mereka sudah sedia maklum..tempat yang paling best sekali adalah GERAI ASAM PEDAS PARIT JAWA..sebab pernah mendapat liputan daripada TV3..pelbagai jenis asam pedas ikan yang dijamin segar ada disitu..sebagai contoh; ada ikan merah, siakap, jenahak, pari, kembung dan juga ikan sembilang..
tetapi anda kena datang awal..sebab..kalo anda lambat, jawapannya habis..tetapi pada Cik, asam pedas yang paling sedap dan best adalah asam pedas yang dimasak oleh Bonda dan Arwah Nenek Cik..sedap hingga menghirup kuah tu..especially ASAM PEDAS IKAN PARI...


Apalagi yang sedap di Muo ialah....MEE SIPUT...lagi2 kalo makan dengan sambal tumis...konpem terangkat...sedap tu..rasa crunchy ditambah manis dan pedas...terliur tu..




Dulu..kalo kita nak makan ikan bakar..samada kena buat sendiri atau memandu ke Umbai, atau sekitar Melaka yang berdekatan..namun kini tidak lagi..anda boleh terus ke MEDAN IKAN BAKAR SABAK AWOR..kedai makan yang berkonsepkan gerai dibuka dipersisiran Sungai Muo..ianya memang tenang dan damai...jauh daripada kesibukan kota...yang paling menarik adalah pemandangannya..selain daripada harga yang berpatutan...

Kebanyakkan orang Singapore yang datang ke Muar, mereka akan mencari OTAK-OTAK yang boleh didapati di China Town, Muo..bestkan Muo pun ada China Town..selain daripada boleh mencari pelbagai jenis makanan disitu, mereka juga boleh shopping pelbagai jenis kuih muih..kedai tersebut adalah Yong Sheng.

  
 


Tetapi..bagi Cik le..yang paling istimewa tentang Muo ialah KOPI nya..kopi yang tiada tandingan..kalau anda lalu dekat Highway PLUS dari Melaka ke Kuala Lumpur..anda akan nmpk iklan tersebut KOPI 434..hanya ada di Muo sahaja...
 
Cik ni mmg Caffein Addicter..so..masa belajar dulu, Cik akan bawak balik KOPI 434 sebagai stok..kat tmpt lain, mmg susah nak dapat..hanya ada di Muo..terdapat juga kafe yang dibuka menjual minuman kopi pure ni..sebagai contoh ELEPHANT BEAN..didepan bustand BENTAYAN ada, BATU 4, BAKRI pun ada..dan di WETEX PARADE pun ada..terpulang pada anda...




Sampai disini dulu..Cik akan sambung lagi yer...

Oct 2, 2012

TEMPAT MENARIK YANG BOLEH ANDA LAWATI..MUO BANDAR DIRAJA




Ini ialah buah durian yang paling besar ada di Muo...ini ialah replika yer..bukan buah ajaib..tp..bila pikir balik, brapa kilo agaknya berat buah durian ni yer..hehehe..dulu, buah durian ini diletakkan berhadapan dengan jambatan Muo..tetapi ia kemudiannya telah dialihkan ke kawasan Tanjung Emas.

Muo juga terkenal dengan buah2an tempatan yang lain selain daripada buah durian..seperti jambu batu Muar dan duku Tanjung Gading, Muar..sebaik saja anda keluar dari keluar plaza tol Tangkak atau dari lebuhraya AMJ, anda akan lihat banyak gerai menjual pelbagai jenis buah2an tempatan dibahu2 jalan.


Ini adalah menara yang akan menyambut kedatangan anda ke Daerah Muar..turun jek daripada Jambatan Sultan Ismail, maka anda akan nampaklah menara tersebut..tp..kat situ jugalah selalu menjadi tempat lepak2 dan riadah warga asing yang berada di Muo nie..siap ada yang piknik skali..mencemarkan pemandangan jugak ler..


Jambatan Sultan Ismail telah dibina pada tahun 1969..walaupun ianya sudah lama dibina, ianya tetap teguh dan utuh..walaupun kini sudah wujud jambatan kedua, tp ianya tidak boleh menyamai jasa yang diberikan oleh jambatan ini..

Masa zaman2 Cik blaja dulu, Cik balik kampung dengan menaiki bas ekspress..so..keluar je daripada PUDURAYA, Cik akan tidur..dan bila sahaja bas mula nak naik ke atas jambatan ini, Cik akan secara automatik akan terjaga dan sudah tau dalam hati..CIK DAH SAMPAI MUO..xtau le pada anak MUO yang lain..tp..inilah yang Cik alami setiap kali tayar bas mencecah naik keatas jambatan...

Pada waktu malam pula, anda boleh lihat..berapa umat manusia yang berada ditepi jambatan untuk memancing..even ianya diharamkan oleh pihak yang berkuasa..tetapi..tetap ramai yang nak memancing kat jambatan tu...kita yang membawa kenderaan pula yang risau tgk mereka...mungkin disitu adalah lubuk ikan..sebab tu ramai org yang memancing kat situ..

Terdapat mitos yang Cik dengar..bahawa orang2 dulu menanam KEPALA MANUSIA dibawah binaan jambatan tersebut, agar jambatan tersebut kukuh dan tidak runtuh..dan kononnya..orang yang mengambil upah memenggal kepala itu ialah orang India..dan kepala yang ingin dipenggal itu adalah kepala kanak2..so kanak2 ni takut hendak merayau keluar jauh daripada rumah masing2..especially..bila diaorg nmpk orang India yang lalu naik basikal dengan membawa sabit..kira menjadi le usikan orang2 dahulu..tp..Cik xtahu le kebenaran cerita tersebut..

Jambatan tersebut juga merupakan salah satu tempat yang selalu dipilih oleh orang2 yang ingin terjun..ye bukan Bungy Jumping..tetapi..TERJUN BUNUH DIRI...sampai pernah ada kes pujuk memujuk dan membuatkan kesesakan lalu lintas..



Masjid Sultan Ibrahim..ianya sebuah masjid yang sangat indah dan cantik bagi Cik..mempunyai nilai sejarah dan reka bentuk yang menarik...Cik rasa seronok setiap kali dapat menunaikan solat disitu..walaupun jarang..sejuk sangat..


Masjid Kedua pula terletak bertentangan dengan Masjid Sultan Ibrahim..ianya hanya dipisahkan oleh Sungai Muo..rekabentuk yang hampir sama..ianya seakan2 'mirror image' bagi Masjid Sultan Ibrahim..ianya mula digunakan pada tahun 1999.


Bangunan Sultan Abu Bakar..ini ialah pusat pentadbiran Daerah Muo..terdapat beberapa jabatan kerajaan yang beroperasi dibangunan ini..dulu..masa Cik berusia 12 tahun..kalo Cik nak buat IC..Cik kena pi kat sini le buat..sebab JPN beroperasi disitu..tapi..skrg JPN beroperasi di Pesta Baru, Bakri.


Istana Hinggap Sultan Johor..ini ialah istana hinggap milik Sultan Johor menginap setiap kali baginda datang ke Muo..dihadapan istana telah dibina satu padang untuk bowling padang..baginda kerap datang ke Muo..


Sek. Tinggi Muar..merupakan sekolah tertua di daerah Muo..ianya melahirkan pelajar2 yang berjaya...ayahanda, pakcik, 2 adik lelaki Cik merupakan pelajar sekolah..


Kilang ST Microelectronics..merupakan sebuah kilang elektronik yang terbesar di Muo selain daripada Pioneer..kebanyakkan lepasan sekolah mencari peluang dengan bekerja di kilang ini..sekiranya kilang ini tutup, berkemungkinan besar, ramai pekerja2 yang akan menganggur..Bonda Cik sudah bekerja dikilang ini, daripada beliau belum berkahwin sehingga Anak2nya dah membesar hingga kini...


Tanjung Emas..terbentang berhampiran pesisiran Sungai Muo..tmpt cantik dan indah..menjadi kunjungan setiap masa..pelbagai jenis riadah yang diadakan disini..ada yang berjoging, tai chi, poco2 dan J-robik..selain daripada itu, ianya menjadi lokasi untuk photoshoot utk org2 yg nak amik gambar kawin..kebanyakkan aktiviti dibuat di Dataran Tanjung Emas..kadang2 waktu malam pun ada keluarga yang beriadah bersama atau berehat bersama di dataran ini...



Selain daripada itu, disini juga terdapatnya sebuah bot yang boleh membawa anda mengelilingi Sungai Muo dengan bayaran yang berpatutan..bot tersebut akan berlabuh di Jeti Tanjung Emas..ianya terletak dihujung hilir Sungai Muo..selalunya diaorg buat aktiviti diatas tu kat dataran ni..malam2 juga kita bole nmpk ibubapa yg bawak anak2 mereka untuk bermain pelbagai jenis permainan disini..kebanyyakkn event juga dibuat di dataran ini..ianya mempunyai permandangan yang cukup cantik berlatar belakangkan Sungai Muo..ianya berdekatan dengan Kompleks Marina..


Tanjung Ketapang...ianya berdekatan dengan Tanjung Emas..apa yang istimewanya dengan tanjung ini..ianya betul2 dipesisiran Sungai Muo..kat sini, anda boleh melihat ikan tembakul berkejaran didalam lumpur selain daripada dapat melihat anak2 ketam berlari menyembunyikan diri kerana segan..damai sangat..masa Cik kecik2 dulu, kami sekeluarga pernah picnic disini..Cik teringat Bonda Cik masak nasi lemak berlaukkan sambal kerang..Ya Allah sedapnya..terliur plak..aiyoo..

Selain daripada itu, anda juga boleh melihat dan memberi makan monyet2 yang berada dihujung Tanjung Ketapang..kini, ianya telah diupgrade..yang mana tempat rekreasi yang ada di tempat ini telah diperbaharui untuk keselesaan penduduknya..selain daripada itu, terdapat juga padang golf untuk sesiapa yang suka bermain golf..




Air Terjun Gunung Ledang...jika anda ingin merasai kesejukkan air gunung..anda boleh kesini..dahulu Gunung Ledang dan kawasan yang sewaktu dengannya terletak dibawah jajahab Daerah Muo..tetapi kini ianya telah dipecahkan..lalu ianya terletak dibawah jajahan Daerah Ledang..ketinggian Air Terjun ini lebih kurang 7 tingkat, kalo Cik xsilap..Gunung Ledang terkenal dek kerana LAGENDA PUTERI GUNUNG LEDANG yang ingin dipinang oleh SULTAN MELAKA. namun tidak kesampaian..terdapat pelbagai cerita yang Cik dengar tentang kejadian aneh dan pelik yang berlaku kepada sesiapa yang datang berlibur disana..ianya terjadi sendiri kepada bapa saudara Cik..hanya tuan punya badan je yang mampu bercerita..



Balai Polis Bukit Kepong..tempat bersejarah di Muo, Johor...ianya berikutan pembunuhan beramai2 oleh komunis pada zaman dahulu..ianya menjadi satu tapak bersejarah, yang perlu anda lawati sekiranya anda sampai ke Muo..



Berikut adalah tempat2 menarik yang boleh anda lawati sekiranya anda datang berkunjung ke Daerah..erm..apalagi Cik nak sambung nnt yer..tunggukan sambungan akan datang ok..


Bersambung.....

Aug 27, 2012

MUO BANDAR DI-RAJA

Assalamualaikum..
Terlebih dahulu Cik nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin..humang aih..lamanya cIk xhupdate blog Cik ni..sepanjang bulan puasa Cik agak sibuk..jadi baru skrg le ada masa..today Cik nak up story pasal Daerah kelahiran Cik..


Dulu, time belajo..bila orang tanya: "Awak org mana?"


Cik akan jawab: "Saya org Muo"..ini adalah jawapan standard dan pendek yang selalu diberikan oleh mereka yang berasal drpd Muar, Johor..setiapkali ditanya asal usul mereka. Selalunya, bila Cik jawab mcm tu..mereka akan terus ckp ttg Mee Bandung Muar, Satay dan paling best skali...ULOR BESOR BAWAH PASOR...yang pernah mendapat liputan hangat..pelik tul ler..mana ada ULOR BESOR BAWAH PASOR tu..sampai bersesak dan pelbagai bomoh yang datang drpd pelbagai negeri dan negara..aduh..kelakar tul masa tu..

Selalunya mereka akan tanya: "Kenapa xjawab, saya org Johor?"..normally, bila Cik jawab mcm tu, automatik mereka akan ingt Cik org Johor Bahru..so..kena bgtau dgn jelas dan terang, utk mengelakkan kekeliruan.

Kadang2 ramai yang ingt org Muo ni sombong, berlagak dan kerek..sebab xmau mengaku dia org Johor..but..it's reality.."We are proud to be Muarian".."Kami org Muo!"..

Selalunya mereka tanya: "Kenapa sebut Muo..bukan Muar?"..sebab ini gaya bahasa @ loghat org Muo..semua ayat yang akhirnya huruf 'A' akan ditukar menjadi huruf 'O'..sebagai contoh:
(Pasar = pasor, Ular = ulor, Bandar = bandor, Tukar = Tukor, Cabar = cabor, Besar = besor, Kasar = kasor, Lebar = lebor, Tayar = tayor, Pagar = pagor, Gambar = gambor, Lapar = lapor, Segar = segor dll)...

Ada juga perkataan yang disebut oleh kami yang slalu org xpaham...contohnya:
(Almari = gobok, Selimut = gebor, Peti Ais = esbok)

Ada gak mereka tanya: "Kenapa org Muo ckp, kat hujung ayat selalu ada perkataan 'EK'?"..perkataan tu lebih kurang mcm penyedap ayat atau sebagai penguat ayat yang menunjukkan seseorg itu serius ketika bercerita @ bercakap...sebagai contoh:
"Mak..nnt belikan kita anak patung tu ek?" @ "Awak xsuka kawan dgn kita ek?"

Kami juga menyebut perkataan PEGANG sebagai 'PEIGANG'..anda pernah dgr ke, kalo rakan2 anda yg berasal dr Muo menyebut perkataan tersebut..sebagai contoh: "Ko tolong peigangkan beg aku jap ek"..


MCMANA ORG MUO BERKATA GANTI DIRI...

Selain drpd itu, org Muo juga mempunya kata ganti diri yang pelik..mereka lebih suka menggunakan kata ganti diri 'SAYA' kepada 'ORANG, KAMI, KITA'..sebagai contoh:
"Hari ni, KITA xpergi sekolah, sebab KITA demam"..
"Mak, ORANG nak pergi bandor jap"
"KAMI rasa, bersalah pada awak"

KENAPA ORANG PANGGIL BANDAR MUO SEBAGAI BANDO PENCEN

Ini kerana, Bandar Muo adalah sebuah bandar lama yang bersejarah, tidak seperti Batu Pahat yang kian membangun..Kira anda sedar, jalan di Bandar Muo agak sempit sedikit berbanding dengan jalan di Daerah lain.


Di Muo juga, masih terdapat banyak lagi bangunan-bangunan lama yang mempunyai nilai sejarahnya tersendiri...selain daripada itu, kebanyakkan anak jati Muo yg berpencen akan pulang ke kampung halaman mereka utk menghabiskan usia mereka..maka, kalo kita meronda petang2, kita boleh nmpk pakcik2 @ makcik2 yang dah pencen melepak @ berjalan2 ditepi sungai Muo bersama cucu2 mereka..

BANDAR MAHARANI @ BANDOR MUO TU SAMA KE?

Ya..ianya adalah bandar yang sama cuma berbeza drpd segi ejaan..dahulu Muar dikenali sebagai Bandar Maharani..namun begitu..kini ianya telah ditukar menjadi 'MUAR, BANDAR DI-RAJA' pada tahun 2012 oleh Tuanku Sultan Ibrahim, Sultan Johor.

Mengikut sejarah, Muar telah dibuka pada tahun 1884, ianya dikenali dengan Bandar Maharani bersempena dengan nama Pemaisuri kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim..Muar berasal daripada perkataan 'MUARA' berikutan kedudukan bandar yang berhampiran dengan Muara Sungai yang telah dijadikan pusat dagangan oleh rakyat jelata dahulu kala.

~BERSAMBUNG~








Jul 7, 2012

Kerang Pedas..Nyum..nyum..


Apa khabar semua..Cik harap anda semua sihat sentiasa..kerang ni adalah menu main bedal je..sbb..nak makan remis sebenarnya..tp..jumpa kerang..xpe..janji makanan laut..dan bercengkerang..huhuhu..sedap sgt..pedas menyengat..makan dgn nasi pepanas..mmg menyirap segala kepedasannya..meh Cik kongsikan resepinya yer..

Bahan2nya:
- 2 kilo kerang (Celur)
- 2 labu bawang besar (Kisar)
- 10 ulas bawang putih (Kisar)
- 1/2 inci halia (Kisar)
- Segenggam cili padi kampung @ cili padi thai (Kisar)
  - ikut kepedasan anda yer..Cik campur kedua2 cili ni..
- 2 batang serai (hiris kasar)
- 1 sb pes tomyam
- Minyak untuk menumis
- Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara2nya:
- Celur kerang dahulu setelah dicuci bersih. Ketepikan.
- Tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan serai dan tumis lagi. Sebelum agak garing, masukkan pes tom yam dan tumis lagi.
- Masukkan gula, serbuk perasa dan garam. Agak rasanya mengikut selera anda.
- Setelah rasanya cukup, masukkan kerang yang telah dicelur. Masak lagi dalam 15 minit. Tutup api dapur anda, sedia dihidang panas.


Jemputlah mencuba, air tangan anak dara yang baru bertatih memasak. Memang cukup pedas dan sedap.

Jun 29, 2012

Sawi Goreng Belacan





Pekabar semua..Cik doakan kalian sihat sentiasa..ok..ini ada menu Cik yang pertama berasaskan belacan..sebenarnya..Cik nak masak dengan ikan masin, tp..ikan masin xde..jd..agar tidak berapa kempunan..Cik letak le belacan..pada Cik, rasanya ok..mungkin belacan tu kurang garing..huhuhu..xmalu..puji diri sendiri..ok2..meh kita semak resepi..

Bahan2nya:
300 gram baby sawi hijau
5 ulas bawang kecil - mayang
3 ulas bawang putih - mayang
1 inci belacan - hancurkan
2 biji lada merah - hiris
Minyak untuk menumis
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit air

Cara2nya:
- Tumiskan bahan yang dimayang hingga agak garing, masukkan belacan. Tumis lagi hingga agak garing. Masukkn sedikit air.
- Masukkan garam dan serbuk perasa. Oleh kerana belacan ada rasa masin, jadi kurangkan garam.
- Setelah agak mendidih, masukkan sawi. Masak lebih kurang 15 minit. Masukkan lada yang telah dihiris.
- Tutup api dapur, sedia dihidang panas.

Adik2 Cik kata sedap, tp lagi sedap kalo ianya kailan. Next time Cik akan tukar dengan kailan pula..Jemputlah mencuba resepi dari anak dara yang baru nak bertatih memasak ini. Sekian.


Jun 27, 2012

Misi Menangani Alergik..

Gambar Ehsan: Pakcik Google
Apa khabar semua..Cik doakan semua berada didalam keadaan yang sentiasa..ok..hari ni Cik nak cerita tentang BELACAN..Cik amatlah alergik dengan belacan..almaklumlah..org ader RESDUNG..mkn pun xleh..bau lagi ler..siap le..terbersin aje le jawabnya..pastu..konpem naiklah segala Cik Wat2 kat muka..tapi..tahun ni Cik mempunyai misi untuk mengatasi segala perkara yang Cik alergik...wah..bangganya dgn diri sendiri....hikhikhik...

Gambar Ehsan: Pakcik Google
Nak dijadikan cerita, suatu hari..Cik telah pulang kerumah selepas waktu kerja..Cik berasa sungguh lapar..ketika makan, lauk yang sedia ada kurang pedas..Cik mmg kurang berselera kalau xmakan pedas..lalu..Cik pun terpandang SAMBAL BELACAN BONDA CIK yang sungguh power kepedasannya..lalu..Cik pun memberanikan diri untuk makan sikit..lepas tu sikit lagi..pastu satu sudu..hingga habis nasi..dan..resultnya..malam tu, Cik xboleh tidur sebab bersin dan gatal dibahagian tekak, lelangit dan hidung..huhuhuhu..nasib baik xbengkak muka...

Gambar Ehsan: Pakcik Google




Gambar Ehsan: Pakcik Google



Namun begitu..Cik xkan berputus asa..Cik akan terus menangani alergik Cik ini..sekian, terima kasih...

Jun 22, 2012

Sup Pucuk Tauhu..


Assalamualaikum..wah..dah lama Cik xmenghupdate blog..apa khabar semua saudara/saudari/tuan/puan sekalian..maaf le..Cik agak sibuk semenjak dua menjak nie..dengan kerja, jd kurang masa nak menghupdate ditambah dengan Cik demam...Cik ni susah nak demam, setahun sekali baru demam..sekali demam, insyaAllah lambat nak sihat...

Hadoi..bila demam, tekak ni agak mengada2 nak makan yang panas, yang berkuah..jd Cik pun buat le sup..cadangnya nak buat sup kosong je..sekali..ternampak le pucuk tauhu..apalagi, Cik pun kasi adjust..maka terhasil ler..sup pucuk tauhu..makan hangat2..alhamdulillah..kenyang u know..ok2..meh tgk resepi yg xseberapa ni...

Bahan2nya:
1 labu bawang holland - mayang
4 ulas bawang putih - mayang
1 inci halia - mayang
1 kiub pati ayam
Sedikit serbuk lada hitam
2 keping pucuk tauhu - potong seinci2
5 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara2nya:
1. Didihkan air secukupnya, sekiranya suka berkuah lebih tambah yer. Setelah didih, masukkan bahan2 yg dimayang.
2. Apabila dah nmpk agak mendidih, masukkn kiub ayam, garam dan serbuk perasa. Bila semua rasa dah cukup, baru masukkn pucuk tauhu. Sebelum tutup api, masukkan serbuk lada hitam.
3. Masak seketika, kemudian tutup api dapur. Sedia dihidang panas..Memang sedap makan panas2, rasa hangat sangat. Cubalah..

Cubalah resepi yang xseberapa ni..hasil air tangan anak dara yang baru nak blaja nak memasak..huhuhu..