Jan 26, 2013

Hikayat Kenangan Zaman Silam (Part 3)

Assalamualaikum dan selamat petang..lama juga Cik xupdate..hurm..hari ni..Cik nak memperkenalkan kengkawan kelas Cik..waa..semuanya terdiri daripada yang kekacak dan cecantik..rosak bahasa ko..aduyai...kelas Cik xramai dan xsedikit..yang sedang2 aja..semuanya hensem2 belaka dan cantik2 belaka..semuanya sempoi dan kepala gila2..we love each other..wahh..statement xleh blah...we still contact with each other walaupun xselalu..bak kata org..JAUH DIMATA, DEKAT DIHATI..i loike...


Baiklah..ini adalah sebahagian daripada classmate Cik...susah senang bersama..we all xsemestinya sekelas je..sbb..in my class, Cik sorang je amik course Marketing..half of them amik course Management dan half lagi amik Finance..tp..bila kami buat projek apa pun..kami akn buat sama2..


Pernah suatu masa kami buat projek utk subjek PEMASARAN..walaupun itu bukan projek group kami..tp kami akn sama2 buat..kdg2 budak rumah yg xde kena mengena dgn course kami pun jadi mangsa..kebanyakkannya..bila kami buat projek..mereka semua akan berkumpul di rumah Cik..adakalanya sampai tidur kat rumah Cik...seronok sgt..

 

 Diatas adalah gambar terakhir kami bersama..ni masa majlis jamuan BBQ kami bersempena dgn kejayaan program GSM yang telah kami lakukan...yang mana projek tersebut membawa kami ke Batam, Indonesia...seronok sgt...Didalam gambar tersebut adalah TENAGA PENGAJAR yang banyak memberi kami semangat, ilmu dan tunjuk ajar yang xterhingga..jasa mereka xdpt kami balas..kami semua berjaya kerana didikan yang diberikan oleh mereka...

Ini pula waktu kami menjalani latihan konvokesyen...kami bersama didalam keadaan susah dan senang...ketawa, menangis, dan pelbagai perasaan kami kongsi bersama...namun begitu persahabatan kami tetap berpanjangan walaupun sekadar bertanya khabar di laman sosial...


Ini gambar sewaktu majlis berbuka puasa...ni kami pi makan kat Bagan Lalang..jauh perjalanan kami ketika itu...terer x kami..seronok dpt hang out sama2...tp..selepas itu..setiap kalo kami nak buat reunion..slalu xjd..susah bila kita dah plan terlalu lama... tapi Cik berharap, suatu hari nnt kami akan diberikan ruang waktu utk bertemu semula..semoga Allah merahmati dan memberi kalian kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan...

-Bersambung-


Jan 10, 2013

Hotel2 yang berada Di Muo

Baiklah..hari ni Cik nak sambung lagi dengan tempat penginapan..di Muo ini terdapat pelbagai jenis hotel yang ada..anda boleh menginap dihotel2 tersebut bagi menghilangkan penat lelah mengharungi perjalan yang memenatkan seharian didalam kereta @ pengangkutan awam...antara hotel2 yang ada ialah:


1) Muar Traders Hotel
Terletak dipersisiran Sungai Muo..bangunan ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Dahulunya bangunan ini adalah Bangunan Umno Pagoh. Dikelilingi dengan pelbagai kemudahan seperti bank, pengangkutan awam dan pelbagai. Dibawah hotel terdapat Secret Recipe. Harga bilik yang berpatutan. Dewan untuk membuat majlis juga tersedia daripada dewan besar sehingga dewan kecil yang boleh menampung sehingga 800 orang dalam suatu masa bagi susunan 'theater'. Hotel ini juga mempunyai kawasan meletak kenderaan yang banyak dan diawasi oleh pegawai keselamatan. Sekiranya anda lapar diwaktu malam, terdapat warung2 yang dibuka bersebelahan dengan hotel. Selain daripada itu, hotel ini juga berhadapan dengan Balai Polis Muo dan berdekatan dengan Istana Hinggap Sultan Johor.

2) Hotel Classic
Terletak di tengah bando..bersebelahan dengan Wetex Parade. Harga biliknya juga agak berpatutan namun parking yang agak terhad. Sekiranya anda lapar pada waktu malam, anda bolehlah menuju ke kedai mamak yang dibuka utk tempoh 24 jam. Kedai Amir Sup.

3) Hotel Pelangi
Hotel ini terletak dibelakang Hotel Classic. Berdekatan dengan pasaraya dan harga bilik yang berpatutan. Kawasan parking yang terhad selain daripada mempunyai pusat karaoke dibawahnya.

4)Hotel D'99
Terletak berhampiran dengan Padang Nyiur. Harga bilik yang berpatutan dan berdekatan dengan petrol pam. Mempunyai kawasan parking yang agak terhad dan berada ditepi jalan. Terdapat sebuah restoran dibahagian bawah. Selain daripada itu ianya juga berhampiran dengan jambatan utama ke Muo dan bustand bas ekspress.

 5) Hotel Riverview
Terletak di Jalan Bentayan, berdekatan dengan Hotel D'99. Harga bilik yang berpatutan dan kawasan parking terletak dihadapan hotel. Dibawah bangunan terdapat sebuah Bistro bagi yang ingin bersantai.


6) Hotel Townview
Terletak bersebelahan dengan Tabung Haji dan berhadapan Hotel Pelangi. Harga bilik yang berpatutan dan kawasan parking yang terhad.




7) Hotel Streetview
Terletak berdekatan dengan pasar cina. Harga bilik yang berpatutan dan parking yang terhad. Bangunan lama yang dijaga rapi dan diubah mengikut kesusuaian namun masih mengekalkan keasliannya.



dan...terdapat banyak lagi hotel di Muo ini yang anda boleh sewa bagi merehatkan diri. Selain daripada itu terdapat juga homestay dan budget hotel. Anda boleh pilih mengikut bajet, kesesuaian dan keselesaan anda. Erm..apalagi yang Cik nak cerita yer..ok..Cik akan sambung lagi dengan info menarik di Muo ini...

~Bersambung~