Aug 29, 2015

Hadiah Dari Si Dia....

Assallammualaikum dan salam sejahtera...ok..Hari ni Chek nak sambung cerita lagi...hadiah pertama yang Chek terima adalah seutas cincin silver...katanya itu adalah barang kesayangannya...dan katanya untuk ikat Chek..


Hadiah kedua yang chek Terima dari Si Dia adalah hadiah hari lahir Chek...iaitu seutas rantai leher dgn loket huruf Z..Chek still simpan sampai hari ni...


Hadiah ketiga adalah sebentuk cincin silver...


Hadiah hari lahir Chek pada tahun 2013 adalah seutas jam tangan Casio...I love it...


Alhamdulillah, Walaupun kami dah berkahwin..Dia sentiasa buat surprise utk Chek...sebagai contoh..I never wear an expensive shoes and he brought for me Clerk Shoes..ceritanya..Si Dia nak Cari koleksi Clerk terbaru..end up Si Dia suruh Chek cuba dan terus belikn...apa yg cuba chek sampaikn disini...jgn pernah berkira dgn pasangan anda..beli mengikut kemampuan anda..dan anda hendaklah memahaminya....

Aug 28, 2015

Tiada Istilah Bebas

Assallammualaikum dan salam sejahtera...Hari ni Chek nak sambung cerita lagi..Walaupun kami telah mendapat green light dari kedua orang tua chek, tp kami tak sewenang2nya keluar berdua...

Tiada Istilah dating, jalan2 berdua atau apa sahaja..Istilah kami hanya lah..curi2 jumpa..15 minit je...Kalau kami nak lunch sama2..chek akan dtg kedai mkn dulu dan order...Si Dia akn datang, makan dan bayar....

Mcm tu juga sambut hari lahir...Tiada Istilah dinner together...hanya pas hadiah dan wish msg sahaja..selain daripada itu...Tiada Istilah berdua

Walaupun kami sudah bertunang...tak pernah sekali pun..kami naik motor berdua, bergambar berdua..atau apa sahaja...pertama kali chek travel berdua dgn Si Dia adalah selepas bertunang, itu pun ke majlis perkahwinan anak saudara Si Dia di Selangor..Masa tu pun tarikh perkahwinan kami, tinggal beberapa bulan je lg...

Mesti ada di antara anda terfikir..chek nak tunjuk bagus, nak tunjuk alim....Bkn...chek langsung tak bermaksud mcm tu...apa yg ingin chek sampaikn disini adalah...nikmatnya tak sama...pa bila kerap berjumpa...anda cepat Bosan...Bila berjumpa, nak pegang sana pegang sini..Bila dah mcm tu.. Anda terpelihara...

Bkn kata tiada hasutan syaitan yg direjam...tp..Kita pikir the other way..keselamatan utk diri Kita....betul tak...ok...nnt chek akn sambung lg..

Aug 27, 2015

Cerita Cinta Tosei dan Nescafe

Ok..Chek nak sambung cerita lagi...dalam permulaan perkenalan kami, banyak suka duka gelak ketawa  yang berlaku. Chek ingat hanya bertepuk sebelah tangan, tetapi rupanya pada 11/5/2012 (Jumaat), SMS pertama yang Chek dapat pagi itu adalah, Si Dia nak ajak Chek breakfast, but I cannot make it because I keje, begitu juga dengan Si Dia. So, I just continue my routine as usual, and that afternoon I was on the way to Malacca sbb ada urusan. And, he sent me another SMS before Si Dia pergi solat Jumaat, Si Dia cakap nak mengenali Chek dengan lebih rapat lagi.And I say yes why not, kita berkawan.

After he back from mosque, he SMS me again and tell me that yang dia terpikat dengan Chek because I'M CHUBBY. So terbuka cerita yang sememangnya Si Dia nak tackle Chek tp takut I ni milik orang. That's why Si Dia tanya sampai 3 kali 'AWAK DAH KAHWIN' untuk confirmation. Jadi dari situ, bermula cerita cinta kami. Mesti anda nak tau, bila first date kami..so, malam tu balik je dari Melaka, kami berjumpa untuk minum dan berborak sebentar di kedai makan. Balik daripada berjumpa tersebut, kami ber SMS sampai jam 11.45 malam. Mesti anda pelik, mcmana Chek boleh ingat masa dengan tepat, sbb I still kept setiap SMS yang dihantar kepada Chek.huhuhu..

Esok paginya, Si Dia ajak Chek breakfast di kedai Mamak. What is the menu that we ask, TOSEI AND NESCAFE TARIK SUAM. Coincidentally right...Sooooo..until today, kalo kami pi kedai mamak tu, itu adalah menu utama yang kami order.

What make I accept and respect him, Si Dia adalah lelaki pertama yang Chek kawan, berani jumpa AYAHANDA DAN BONDA Chek tanpa dipaksa. 3 bulan kami berkawan, pada hari raya kedua, Si Dia datang berjumpa dengan kedua orang tua Chek. Alhamdulillah, Si Dia boleh get long dengan abah. Nampak abah beri green light untuk berkawan. I'm happy. Nak tau lebih lanjut...you have to wait ok....

Pertemuan Tanpa Di Duga....

Assallammualaikum dan Selamat Sejahtera...Apa khabar semua..Chek doakan semoga anda semua berada didalam keadaan yang sihat dan sejahtera...Ok..hari ni Chek nak menceritakan bagaimana Chek berkenalan dengan Incik Suami...

10hb Mei 2012, adalah tarikh perkenalan Chek dengan si Dia...perkenalan bermula ditempat Chek bekerja..seperti yang anda sedia maklum, Chek bekerja didalam bidang perhotelan..jadi apabila ada function yang besar, kami akan mengambil pekerja sambilan untuk membantu...nak dijadikan cerita, Chek pun mengambil orang bawahan si Dia untuk bekerja dengan Chek. Si Dia bekerja untuk Persatuan Pengasih Negeri Johor. Permulaan pertemuan bila one of the staff tidak datang on time, jadi Chek pun melapor kepada Pengerusi Pengasih, dan beliau meminta Chek untuk berhubung dengan penjaga mereka, En. Zul. Kemudian Chek pun menghubungi beliau, first impression, garangnya suara dia. Setelah Chek memaklumkan bahawa pekerja beliau baru sahaja datang melaporkan diri, beliau berjanji untuk hadir dan memantau pekerja2 beliau.

Beliau datang dan first impression Chek bila tengok muka Si Dia, 'mmg garang'...Chek perkenalkan beliau kepada Tuan Pengurus Chek dan beliau pun terus berjumpa dengan pekerja beliau. Kemudian, Tuan Pengurus meminta Chek untuk melayan dan meneman beliau untuk makan. Chek dan rakan sekerja Chek, Ms Jeeta menghidangkan makanan.

Sambil makan kami berbual, kemudian datang Pengurus Chek untuk maklumkan yang beliau ingin pulang. Sudah menjadi kebiasaan Chek untuk salam dan cium tangan Pengurus kerana Chek dah anggap beliau macam ayah. Kemudian, Si Dia pun mula bertanya:
Soalan 1: Awak dah kahwin?
Jawapan: Belum.
Soalan 2: Habis yang awak salam cium tangan tu siapa?
Jawapan: Itu Pengurus saya.
Soalan 3 : Awak dah kahwin?
Jawapan Chek sambil hidang buah: Belum.
Soalan 4: You tinggal dengan siapa?
Jawapan: Family saya.
Soalan 5: Awak dah kahwin:
Jawapan: Belum lagi 

Apa yang anda rasa, bila seorang lelaki first time jumpa anda dan tanya soalan yang sama sebanyak 3 kali. Masa tu reaksi Chek amatlah pelik. Awat orang ni tanya soalan mcm ni. But Chek just ignore. Tapi masa tu ada perasan skit.. 'En. Zul ni suka kat aku ke!!'...hahahaha..malu ok.

After that, malam tu juga kami mula bermain SMS..he was the first person yang berani tanya Chek soalan cepumas tu depan orang ramai. Because, kali pertama Chek tengok Si Dia, Chek ingat dia dah kahwin, tapi rupanya tekaan Chek meleset. Chek akan sambung, how he purpose me to be his girl.