Aug 27, 2015

Pertemuan Tanpa Di Duga....

Assallammualaikum dan Selamat Sejahtera...Apa khabar semua..Chek doakan semoga anda semua berada didalam keadaan yang sihat dan sejahtera...Ok..hari ni Chek nak menceritakan bagaimana Chek berkenalan dengan Incik Suami...

10hb Mei 2012, adalah tarikh perkenalan Chek dengan si Dia...perkenalan bermula ditempat Chek bekerja..seperti yang anda sedia maklum, Chek bekerja didalam bidang perhotelan..jadi apabila ada function yang besar, kami akan mengambil pekerja sambilan untuk membantu...nak dijadikan cerita, Chek pun mengambil orang bawahan si Dia untuk bekerja dengan Chek. Si Dia bekerja untuk Persatuan Pengasih Negeri Johor. Permulaan pertemuan bila one of the staff tidak datang on time, jadi Chek pun melapor kepada Pengerusi Pengasih, dan beliau meminta Chek untuk berhubung dengan penjaga mereka, En. Zul. Kemudian Chek pun menghubungi beliau, first impression, garangnya suara dia. Setelah Chek memaklumkan bahawa pekerja beliau baru sahaja datang melaporkan diri, beliau berjanji untuk hadir dan memantau pekerja2 beliau.

Beliau datang dan first impression Chek bila tengok muka Si Dia, 'mmg garang'...Chek perkenalkan beliau kepada Tuan Pengurus Chek dan beliau pun terus berjumpa dengan pekerja beliau. Kemudian, Tuan Pengurus meminta Chek untuk melayan dan meneman beliau untuk makan. Chek dan rakan sekerja Chek, Ms Jeeta menghidangkan makanan.

Sambil makan kami berbual, kemudian datang Pengurus Chek untuk maklumkan yang beliau ingin pulang. Sudah menjadi kebiasaan Chek untuk salam dan cium tangan Pengurus kerana Chek dah anggap beliau macam ayah. Kemudian, Si Dia pun mula bertanya:
Soalan 1: Awak dah kahwin?
Jawapan: Belum.
Soalan 2: Habis yang awak salam cium tangan tu siapa?
Jawapan: Itu Pengurus saya.
Soalan 3 : Awak dah kahwin?
Jawapan Chek sambil hidang buah: Belum.
Soalan 4: You tinggal dengan siapa?
Jawapan: Family saya.
Soalan 5: Awak dah kahwin:
Jawapan: Belum lagi 

Apa yang anda rasa, bila seorang lelaki first time jumpa anda dan tanya soalan yang sama sebanyak 3 kali. Masa tu reaksi Chek amatlah pelik. Awat orang ni tanya soalan mcm ni. But Chek just ignore. Tapi masa tu ada perasan skit.. 'En. Zul ni suka kat aku ke!!'...hahahaha..malu ok.

After that, malam tu juga kami mula bermain SMS..he was the first person yang berani tanya Chek soalan cepumas tu depan orang ramai. Because, kali pertama Chek tengok Si Dia, Chek ingat dia dah kahwin, tapi rupanya tekaan Chek meleset. Chek akan sambung, how he purpose me to be his girl.

No comments:

Post a Comment