Sep 22, 2011

7 Dulang berbalas 9 Dulang - Part 2

Part 1 barangan hantaran untuk pengantin perempuan..yang ni, barangan hantaran untuk pengantin lelaki..

Barangan Hantaran Pengantin Lelaki


Jam Tangan & Cincin
Sepersalinan Solat
Sepersalinan Kasual
Minyak Wangi

Buah-buahan
Sirih Junjung..Bkn Cik buat.

Cokelat..
Kek..
Sepatu












Kek dan cokelat tu Cik tempah daripada Cikgu Cik..kalo puan2 atau anda semua nak order leh tgk blog beliau disini...

7 Dulang berbalas 9 Dulang - Part 1

Berbalas dulang hantaran agak sinonim dengan budaya perkahwinan masyarakat melayu dan juga bangsa yang lain..ttp, adakalanya Cik terpikir, perlu ke membuat berbalas dulang ni..ini kerana tidak semua orang berkemampuan untuk menyediakan segala barangan tersebut..hmmm..tp, bagi yang mampu, adakalanya seperti mahu menunjuk2 barangan yang disediakan..pelik2..tp..bagi penggubah dulang tersebut, yang akan pening kepala memikirkan konsep dan hiasan yang paling sesuai bagi memenuhi citarasa dan selera bakal pengantin..begitu juga dengan Cik..ttp..Cik buat ini sekadar untuk membantu kawan baik Cik dan dalam masa yang sama menambah sikit duit poket Cik...Silalah jamu mata dengan hasil kerja tangan Cik yang xseberapa tu..Cik buat untuk kedua2 belah pihak..

Hantaran untuk Pihak Perempuan


Cincin Kahwin beserta Wang Mas Kahwin
Set Peribadi Pengantin Perempuan





Sirih Junjung..tp..ni Cik xbuat.
Buah-buahan
Telekung
Sepatu dan Beg Tangan
 
Minyak Wangi




Sep 14, 2011

Jemput2 Kentang cara Cik Nazha

Hari ni..Cik nak post entry ttg masak lagi..aiyoo..Ms Bulat ni kan..betul tau..makan je keje dia..hehehe..ok..hari ni Cik nak post tentang makanan yang menjadi kegemaran keluarga Cik, xkira le untuk sarapan pagi, minum petang @ time memalam..agak leceh tp..sedap...xyah crita panjang..meh2 kita tgk bahan2nya dan cara membuatnya...


Bahan2nya:
- 2 biji kentang bersaiz sederhana (didadu kecil2)
- 1 labu bwg besar (didadu kecil2)
- 3 biji bawang putih (dicincang)
- Segenggam ikan bilis (ditumbuk kering @ diblender kering kasar)
- Sedikit garam dan gula
- Daun bawang (dipotong kasar)
-Tepung gandum secukupnya

Cara2nya:
- Campur semua bahan menjadi batter.
- Panaskan minyak, goreng jemput2 anda sehingga kekuningan..
- Hidangkan panas2, bersama sos kegemaran anda. Rasanya enak ditambah dengan harum bau daun bawang.

Selamat mencuba.

Sep 13, 2011

Upside Down Pizza

Salam dan selamat petang buat semua pembaca blog diluar sesana, sesini..huhu..Cik doakan agar kalian semua sihat sentiasa..Cik kureng sihat skit..maybe sbb terlebih makan time raya..huhuhu..ok..hari ni Cik nak post entry pasal makanan..erm..sbb tu Cik ni bulat, sbb..Cik suka makan..tp..Cik jaga gak kadar masin, manis dan minyak didalam makanan..ok2..sblm Cik merapu pepanjang..Cik malu gak nak share gambarnya..Kak Ida kita buat x hangus, tp..Cik buat leh plak hangus..aiyoo...tp..Kak Ida, Cik minta maaf sbb Cik menderhaka skit resepi ini...xpe, ni resepinya atau anda semua leh rujuk kat link ini...



Bahan2 utk meat sauce-nya:
- 2 peket isi ayam cincang
- 1 labu bawang holland (dicincang) *
- 5 biji bawang putih (dicincang) *
- 10 biji cili padi (ni Cik letak sendiri)
- 15 biji cendawan butang (Cik guna yang segar)
- Sebotol sos pasta Prego
- Garam secukup rasa
- Keju mozzarella dan chesdale secukupnya

Cara2nya:
- Tumis bahan yang bertanda (*) hingga kekuningan sedikit. Kemudian masukkan hirisan cili padi.
- Setelah agak garing, masukkan isi ayam cincang, tumis sehingga isi ayam bertukar ke warna putih..
- Masukkan sos pasta dan kacau lagi, setelah agak kering, masukkan cendawan butang dan masak lagi, tetapi jangan biarkan terlalu kering. Perasakan dengan garam, jgn terlalu masin ye..
- Tutup api dapur dan masukkan kedalam baking dish tahan panas, tp, oleh kerana rumah Cik xde, Cik guna le loyang panjang. Biarkan sosnya sejuk.

Bahan2 utk membuat batter:
- Sebiji telur
- 2 sudu minyak zaitun
- 1 1/2 cawan susu segar
- sedikit garam
- 1 1/2 @ 2 cawan tepung gandum
- Keju Parmesan secukupnya

Cara2nya:
- Pukul telur sehingga kembang, kemudian masukkan susu dan pukul lagi.
- Kemudian masukkan minyak zaitun dan kacau lagi.
- Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum sehingga mencapai kelikatan seperti membuat pancake.
- Masukkan sedikit garam dan gaul lagi.

Cara menyediakannya:
- Penuhkan keju diatas meat sauce sehingga menutupi meat sauce.
- Kemudian tuangkan batter sehingga menutupi meat sauce. Taburkan keju Parmesan diatas batter.
- Bakar pada suhu 180c selama 30 - 40 minit.

Selamat mencuba.

Sep 6, 2011

Ikan Keli Bawang Goreng

Lamanya xupdate blog..aiyoo..apa sudah jadi..bulan puasa aritu, kemalasan sudah menguasai diri..apa pun xbleh..ok..aritu Cik try menu ni..mmg sedap..selama ni..yg Cik tau, ikan keli berlada yg sambalnya agak basah..tp ni..mmg kering dan sedap..lg2 ada aroma bawang goreng..pergh mmg sedap...terima kasih kepada akk Azian..utk resepi lanjut sila klik..Meh Cik tunjukkan resepinya:



Bahan2nya:
- 5 ekor ikan keli (potong 2)
- 10-15 biji cili padi (Cik tambah, sbb nak pedas)*
- 10 ulas bawang merah *
- 2 ulas bawang putih (Cik guna 5 ulas)*
- 1/2 cawan bawang goreng (Cik lebihkan sikit)
- Garam dan gula secukup rasa


Cara2nya:
1. Ikan keli dicuci bersih. Kemudian, lumur dengan serbut kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga garing.
2. Tumbuk bahan yang bertanda (*) jgn lumat sangat. Cik amik kaedah lain, blender kasar.
3. Tumis bahan tumbuk/blender sehingga kekuningngan. Masukkan garam dan gula, masak lagi hingga garing.
4. Kecilkan api, masukkan ikan. Gaul seketika.
5. Masukkan bawang goreng, gaul lagi dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.

Terima kasih sekali lagi kepada kak Azian. Selamat mencuba kepada blogger yg lain..Mmg sedap..xrugi mencubanya..