Feb 27, 2012

Kek Coklat Kukus CMG-DTS


Apa khabar blogger sekalian..Cik sentiasa berharap, kita akan sentiasa sihat dan gembira..Cik sebenarnya kurang sihat skit..badan terasa lemau je..letih..rasanya..nak bercuti le...akan difikirkan..

Ok2..hari tu Cik terasa nak makan kek cokelat kukus..terasa gian plak..jd Cik mencuba le resepi daripada blogger2 masakan yang lain..Cik pun blog walking dan singgah di blog Dapur Tanpa Sempadan-Cik Mat Gebu..Cik pun mencuba le resepi daripada beliau...resepi orginal..klik sini...CMG..Cik minta izin untuk share resepi yer..




Bahan2nya:

- 1 cawan tepung gandum (*)
- 1/2 cawan serbuk koko (*)
- 1 sudu kecil serbuk baking powder (*)
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat (*)
- 1 cawan gula perang @ soft brown sugar
- 1/2 cawan minyak jagung (Cik guna minyak Mazola)
- 1 1/4 cawan air dari peti sejuk
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1/2 sudu kecil mocha flavor (Cik ganti dgn pati Nescafe)
- Secubit garam
- 1 sudu kecil cuka makan @ jus lemon (Cik guna Apple Cider)


Cara2nya:
- Didihkan air didalam periuk pengukus.
- Ayakkan bahan bertanda (*). Kemudian campurkan bersama dengan gula perang dan garam tadi. Gaul sehingga rata.
- Masukkan air sejuk, minyak jagung, esen vanila dan pati nescafe tadi. Kemudian kacau hingga sebati dan tidak bergentel.
- Kemudian, masukkan cuka @ jus lemon dan kacau lg. Tuangkan kedalam loyang yang telah dilenser minyak jagung. Kukus selama 45 minit atau sehingga kek masak.
- Sejukkan sebelum dihidangkan.

p/s: Kek ini juga boleh dibakar selain daripada dikukus.


Cik nak ucapkan terima kasih sekali lagi kepada, CMG-DTS diatas resepi ini..sungguh sedap dan lembut keknya...anda cubalah..pasti gembira dengan hasilnya..

1 comment: