Feb 21, 2012

Hikayat Kenangan Zaman Silam (Part 1)

Hari ni Cik nak bercerita zaman Cik blaja dulu..Cik menyambung pendidikan di taraf Ijazah di Management and Science University (MSU), didalam jurusan 'Perniagaan Antarabangsa (Pemasaran)'. Dalam batch Cik, hanya Cik sorang je amik PEMASARAN..yang best tu alasan depa..segan n xtau cara2 nak bercakap dgn customer..macam le Cik ni terer sgt..sudahnya Cik ni ke hulu, ke hilir berseorangan dan bercampur dgn batch lain, namun begitu, ada juga yang kami together utk subjek yg sama..I LOVE N MISS MSU..(ni bukan ayat bodek..tp..kenyataan..terima kasih..)



 







Ok..now Cik nak cerita pasal asrama yang disediakan untuk kami..memula masa kami mendaftar..kami dikehendaki untuk tinggal di PUNCAK PERDANA..yang mana menjadi penempatan bagi pelajar2 seperti kami..kami tinggal di RESAK APARTMENT, bersebelahan dengan UITM, PUNCAK PERDANA..Cik dok situ xlama..sampai sem 2 sahaja...pastu, kami berpindah ke rumah sewa..the best thing is..banyak kenangan manis di situ..rindu nak balik sana...the best story is, kami pernah MEMEKAK kat balkoni umah, dah ler balkoni tu menghadap ke arah swimming pool and badminton court..kebetulan, pak guard pun lalu..maka kami disuluh seperti pesalah..huhuhu..malu gak...then..kami juga pernah kena marah ngan pak guard..sbb..mandi swimming pool yang baru sahaja dicuci..then..abis gatal badan2 ku...huhuhu..yg xbestnya..kat sana, nak keluar agak susah..masa tu bas RAPID KL belum menjelajah..nak keluar, kena tunggu bas dr KOLEJ datang mengambil kami..so..Cik slalu meminta kawan baik Cik, untuk amik dan hantar pulang, sekiranya Cik nak hang out ngan dia..tambang teksi pun mahal..RM 15.00 tu..sedih..tp..kalo blaja..kat sana memang tenang..sbb..tmptnya sunyi...bangun pagi pun seronok..sejuk, berkabus dan tenang...best sgt..


  Selepas itu, kami berpindah ke rumah sewa yang berdekatan dengan kolej..APARTMENT PERDANA, bersebelahan dengan GIANT SHAH ALAM, SEK 13..kami amik masa yang agak lama utk menguruskan urusan perpindahan..seingat Cik, ketika kali pertama menjejakkan kaki ke rumah tersebut, Cik terus jatuh cinta..rumah tu agak strategik..pemandangan utama ialah BANGUNAN SYABAS..bila Cik bosan2..Cik slalu memandang bangunan itu..(terima kasih kepada Empunya Bangunan tersebut kerana memberikan pandangan yang agak indah kepada Cik)..kalo semua nak tahu..kami pergi kelas samaada dengan berjalan kaki (15 min), naik teksi (RM 3.00) ataupun naik bas SERANAS (RM 0.50)..tp..mungkin sekarang dah mahal skit kot..sbb lokasi MSU dan berubah..masa zaman Cik dulu..bangunan tersebut setempat dgn PTPL, SHAH ALAM..di rumah ini..terlalu banyak kenangan yang tersimpan diantara kami...dari duduk 6 orang, dan ahli rumah silih berganti..namun..yang tetap kekal hingga akhirnya hanyalah 4 orang sahaja..Cik, No Rule, Naf Qi dan Ermiza Suliman..Cik rindu dgn kamu semua..susah, senang, suka, duka..kita harungi bersama...minta maaf kiranya selama ini Cik banyak menyusahkan anda semua...


(Bersambung.................)

No comments:

Post a Comment