Oct 15, 2015

Pertama Kali......

Assallammualaikum dan salam sejahtera.... Maaf ye..dah lama tidak update blog..sbb kami berdua suami isteri tidak berapa sihat..baiklah..Hari ni, Chek nak sambung cerita lagi... Untuk makluman anda, kami bercinta tak lama..lebih kurang setahun..bertunang lebih kurang 8 bulan.... Alhamdulillah...Kalau ikutkan, kami nak cepat lagi..dlm bulan 4/2014..tapi..Masa tu, Atuk Chek nak pergi buat umrah, jd kami tunda ke bulan 8..

Sepanjang Chek bercinta dengan Si Dia, Chek tidak pernah bertemu dengan ahli keluarga beliau.. kali pertama Chek berjumpa dengan keluarga beliau adalah sewaktu hari Merisik dan Pertunangan kami. Itulah kali pertama Chek bertemu dengan mereka. Anda dah tahu bagaimana kami berkenalan, bagaimana kami berkawan, bagaimana kami bercinta..ok..now Chek nak bercerita, bagaimana Si Dia ajak Chek bertunang...

Cara Si Dia melamar Chek, sgt straight to the point..Si Dia cakap : 'After Raya, my sisters nak dtg merisik dan meminang you'...lidah kelu tiada jwpn...ayat yg keluar dari mulut Chek adalah 'Ok'....So..Chek balik dan mengambil masa seminggu nak buka mulut..utk bercerita dgn kedua orang tua chek...Sbb Chek rasa segan..Cara Chek bgtau kedua orang tua chek sambil chek mkn mlm...Kedua orang tua Chek cuma bertanya bila dan Si Dia akan datang dengan siapa..Bila chek dah bg jwpn..kedua orang tua chek pun setuju...

Nak dijadikan cerita..selepas je Raya..Si Dia dan keluarga tak dtg..jd Bonda chek dah mula bertanya...chek tak dapat beri jwpn..chek hanya diam...namun begitu..Pada Raya kedua tahun 2013, Si Dia dtg beraya dan memaklumkan hasrat beliau ingin merisik, meminang dan bertunang sekali...Alhamdulillah..segalanya dipermudahkan...One day...Si Dia call Chek dan bgtau tarikh yg dipersetujui oleh kedua keluarga..berdebar tau...

Jadi Chek memulakan persiapan...Walaupun persiapan yang Chek lakukan hanya Ala kadar...dan kebanyakkan barangan hantaran dah dibeli lebih awal...senang citer...Masa sales you all...agak save..tp...berbaloi..ada sesetengah barangan yang kami beli bersama..dan...percaya atau tidak..Chek buat gubahan sendiri dan hanya amik masa seminggu untuk siapkn barang hantaran pertunangan kami...Untuk makluman anda..Chek hanya mula bercuti, 2 hari sblm nak bertunang...dan..Chek buat Sirih Junjung, pada waktu pagi hari bertunang...

Kalo ikutkan Chek hanya nak buat majlis pertunangan yang sangat simple...tp..Bonda cakap tak boleh..pada hari pertunangan kami...Bonda masak macam2...siap ada bunga telur pindang...sangat meriah...Pakcik makcik dari jauh datang memeriahkan majlis...seronok sangat...

Pembuka bicara dilakukan sendiri oleh Ayahanda Chek..Disambut oleh keluarga Si Dia...Perbincangan berjalan dengan lancar..dari segi wang hantaran..nak ikat berapa lama..dan tarikh utk majlis pernikahan....setelah perbincangan selesai, sampailah masa untuk menyarung cincin....jari manis Chek disarung dengan sebentuk cincin emas oleh kakak beliau..

Inilah cincin pertunangan Chek...
Bercerita tentang barangan hantaran pula..pada mula perbincangan antara kami berdua..hanya 7 dulang berbalas 5 dulang...tapi..the best thing is..pada hari pertunangan, makcik Chek datang dan maklumkan suruh sediakan dua dulang kosong...datang makcik sorang lagi pun sama..dia suruh sediakan 1 dulang kosong...jadi pada hari pertunangan, Chek terpaksa edit semuanya dan mengecikkan mana yang patut......dari 7 dulang hantaran menjadi 11 dulang hantaran...banyakkan...

Hantaran daripada Chek: 1) Buah-buahan 2) Kuih Chang 3) Telur Pindang
4) Sepersalinan 5) Bunga Rampai 6) Sirih Junjung 7) Tuala 8) Kek 9) Sejadah
10) Buahan Kering 11) Kuih Ku
Telur Pindang as Goodies Bag untuk tetamu
Hantaran daripada Si Dia: 1) Sirih Junjung 2) Al-quran beserta Rehal
3) Kek 4) Candy 5) Kek
Makcik dan  Sepupu Chek bersama barangan hantaran kami.
Atas Kerusi: Kak Kin, Bonda, Chek dan Kak Di
Duduk Di Bawah: Makcik Uda, Kak Yan dan Kak Maria serta cucu..
Bersama Makcik, Bonda dan Nenek..
Akan datang..Chek akan sambung lagi yer...

No comments:

Post a Comment