Oct 2, 2012

TEMPAT MENARIK YANG BOLEH ANDA LAWATI..MUO BANDAR DIRAJA




Ini ialah buah durian yang paling besar ada di Muo...ini ialah replika yer..bukan buah ajaib..tp..bila pikir balik, brapa kilo agaknya berat buah durian ni yer..hehehe..dulu, buah durian ini diletakkan berhadapan dengan jambatan Muo..tetapi ia kemudiannya telah dialihkan ke kawasan Tanjung Emas.

Muo juga terkenal dengan buah2an tempatan yang lain selain daripada buah durian..seperti jambu batu Muar dan duku Tanjung Gading, Muar..sebaik saja anda keluar dari keluar plaza tol Tangkak atau dari lebuhraya AMJ, anda akan lihat banyak gerai menjual pelbagai jenis buah2an tempatan dibahu2 jalan.


Ini adalah menara yang akan menyambut kedatangan anda ke Daerah Muar..turun jek daripada Jambatan Sultan Ismail, maka anda akan nampaklah menara tersebut..tp..kat situ jugalah selalu menjadi tempat lepak2 dan riadah warga asing yang berada di Muo nie..siap ada yang piknik skali..mencemarkan pemandangan jugak ler..


Jambatan Sultan Ismail telah dibina pada tahun 1969..walaupun ianya sudah lama dibina, ianya tetap teguh dan utuh..walaupun kini sudah wujud jambatan kedua, tp ianya tidak boleh menyamai jasa yang diberikan oleh jambatan ini..

Masa zaman2 Cik blaja dulu, Cik balik kampung dengan menaiki bas ekspress..so..keluar je daripada PUDURAYA, Cik akan tidur..dan bila sahaja bas mula nak naik ke atas jambatan ini, Cik akan secara automatik akan terjaga dan sudah tau dalam hati..CIK DAH SAMPAI MUO..xtau le pada anak MUO yang lain..tp..inilah yang Cik alami setiap kali tayar bas mencecah naik keatas jambatan...

Pada waktu malam pula, anda boleh lihat..berapa umat manusia yang berada ditepi jambatan untuk memancing..even ianya diharamkan oleh pihak yang berkuasa..tetapi..tetap ramai yang nak memancing kat jambatan tu...kita yang membawa kenderaan pula yang risau tgk mereka...mungkin disitu adalah lubuk ikan..sebab tu ramai org yang memancing kat situ..

Terdapat mitos yang Cik dengar..bahawa orang2 dulu menanam KEPALA MANUSIA dibawah binaan jambatan tersebut, agar jambatan tersebut kukuh dan tidak runtuh..dan kononnya..orang yang mengambil upah memenggal kepala itu ialah orang India..dan kepala yang ingin dipenggal itu adalah kepala kanak2..so kanak2 ni takut hendak merayau keluar jauh daripada rumah masing2..especially..bila diaorg nmpk orang India yang lalu naik basikal dengan membawa sabit..kira menjadi le usikan orang2 dahulu..tp..Cik xtahu le kebenaran cerita tersebut..

Jambatan tersebut juga merupakan salah satu tempat yang selalu dipilih oleh orang2 yang ingin terjun..ye bukan Bungy Jumping..tetapi..TERJUN BUNUH DIRI...sampai pernah ada kes pujuk memujuk dan membuatkan kesesakan lalu lintas..



Masjid Sultan Ibrahim..ianya sebuah masjid yang sangat indah dan cantik bagi Cik..mempunyai nilai sejarah dan reka bentuk yang menarik...Cik rasa seronok setiap kali dapat menunaikan solat disitu..walaupun jarang..sejuk sangat..


Masjid Kedua pula terletak bertentangan dengan Masjid Sultan Ibrahim..ianya hanya dipisahkan oleh Sungai Muo..rekabentuk yang hampir sama..ianya seakan2 'mirror image' bagi Masjid Sultan Ibrahim..ianya mula digunakan pada tahun 1999.


Bangunan Sultan Abu Bakar..ini ialah pusat pentadbiran Daerah Muo..terdapat beberapa jabatan kerajaan yang beroperasi dibangunan ini..dulu..masa Cik berusia 12 tahun..kalo Cik nak buat IC..Cik kena pi kat sini le buat..sebab JPN beroperasi disitu..tapi..skrg JPN beroperasi di Pesta Baru, Bakri.


Istana Hinggap Sultan Johor..ini ialah istana hinggap milik Sultan Johor menginap setiap kali baginda datang ke Muo..dihadapan istana telah dibina satu padang untuk bowling padang..baginda kerap datang ke Muo..


Sek. Tinggi Muar..merupakan sekolah tertua di daerah Muo..ianya melahirkan pelajar2 yang berjaya...ayahanda, pakcik, 2 adik lelaki Cik merupakan pelajar sekolah..


Kilang ST Microelectronics..merupakan sebuah kilang elektronik yang terbesar di Muo selain daripada Pioneer..kebanyakkan lepasan sekolah mencari peluang dengan bekerja di kilang ini..sekiranya kilang ini tutup, berkemungkinan besar, ramai pekerja2 yang akan menganggur..Bonda Cik sudah bekerja dikilang ini, daripada beliau belum berkahwin sehingga Anak2nya dah membesar hingga kini...


Tanjung Emas..terbentang berhampiran pesisiran Sungai Muo..tmpt cantik dan indah..menjadi kunjungan setiap masa..pelbagai jenis riadah yang diadakan disini..ada yang berjoging, tai chi, poco2 dan J-robik..selain daripada itu, ianya menjadi lokasi untuk photoshoot utk org2 yg nak amik gambar kawin..kebanyakkan aktiviti dibuat di Dataran Tanjung Emas..kadang2 waktu malam pun ada keluarga yang beriadah bersama atau berehat bersama di dataran ini...



Selain daripada itu, disini juga terdapatnya sebuah bot yang boleh membawa anda mengelilingi Sungai Muo dengan bayaran yang berpatutan..bot tersebut akan berlabuh di Jeti Tanjung Emas..ianya terletak dihujung hilir Sungai Muo..selalunya diaorg buat aktiviti diatas tu kat dataran ni..malam2 juga kita bole nmpk ibubapa yg bawak anak2 mereka untuk bermain pelbagai jenis permainan disini..kebanyyakkn event juga dibuat di dataran ini..ianya mempunyai permandangan yang cukup cantik berlatar belakangkan Sungai Muo..ianya berdekatan dengan Kompleks Marina..


Tanjung Ketapang...ianya berdekatan dengan Tanjung Emas..apa yang istimewanya dengan tanjung ini..ianya betul2 dipesisiran Sungai Muo..kat sini, anda boleh melihat ikan tembakul berkejaran didalam lumpur selain daripada dapat melihat anak2 ketam berlari menyembunyikan diri kerana segan..damai sangat..masa Cik kecik2 dulu, kami sekeluarga pernah picnic disini..Cik teringat Bonda Cik masak nasi lemak berlaukkan sambal kerang..Ya Allah sedapnya..terliur plak..aiyoo..

Selain daripada itu, anda juga boleh melihat dan memberi makan monyet2 yang berada dihujung Tanjung Ketapang..kini, ianya telah diupgrade..yang mana tempat rekreasi yang ada di tempat ini telah diperbaharui untuk keselesaan penduduknya..selain daripada itu, terdapat juga padang golf untuk sesiapa yang suka bermain golf..




Air Terjun Gunung Ledang...jika anda ingin merasai kesejukkan air gunung..anda boleh kesini..dahulu Gunung Ledang dan kawasan yang sewaktu dengannya terletak dibawah jajahab Daerah Muo..tetapi kini ianya telah dipecahkan..lalu ianya terletak dibawah jajahan Daerah Ledang..ketinggian Air Terjun ini lebih kurang 7 tingkat, kalo Cik xsilap..Gunung Ledang terkenal dek kerana LAGENDA PUTERI GUNUNG LEDANG yang ingin dipinang oleh SULTAN MELAKA. namun tidak kesampaian..terdapat pelbagai cerita yang Cik dengar tentang kejadian aneh dan pelik yang berlaku kepada sesiapa yang datang berlibur disana..ianya terjadi sendiri kepada bapa saudara Cik..hanya tuan punya badan je yang mampu bercerita..



Balai Polis Bukit Kepong..tempat bersejarah di Muo, Johor...ianya berikutan pembunuhan beramai2 oleh komunis pada zaman dahulu..ianya menjadi satu tapak bersejarah, yang perlu anda lawati sekiranya anda sampai ke Muo..



Berikut adalah tempat2 menarik yang boleh anda lawati sekiranya anda datang berkunjung ke Daerah..erm..apalagi Cik nak sambung nnt yer..tunggukan sambungan akan datang ok..


Bersambung.....

14 comments:

  1. Assalamualaikum, awak memang orang Muar eh? Terjumpa post ni bila tengah search pasal tempat-tempat menarik dekat Muar. Saya dah duduk Muar dekat 10 tahun tapi baru tahun ni terasa nak explore tempat2 menarik dekat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm...yer..sy mmg anak jati Muar..dilahirkan dan dibesarkan disini...catatan serba sedikit ini, saya harap dpt membantu awk untuk explore Muar..terima kasih sudi singgah...

      Delete
  2. Jangan lupa makan ikan bakar & seafood di Medan Ikan Bakar Sabak Awor pada waktu malam dengan harga yang murah dan sedap.

    ReplyDelete
  3. Sy dari Selangor.. ingin ke Muo.. di Muo..banyak ke perkhidmatan bas disane? jika sy mahu ke jalan bakri. ape yg perlu sy naiki untuk kesana?

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Cik Alicia,
      Untuk makluman Cik, perkhidmatan bas mmg ada disediakan. Sekiranya Cik ingin ke Jalan Bakri, Cik boleh menaiki bas Mayang Sari. Di Muar, kami hanya mempunyai hotel yang bertaraf 3 bintang sahaja. Saya mencadangkan Cik menginap di Muar Traders Hotel. Walaupun hanya 3 bintang, ianya pernah menjadi tempat penginapan bagi beberapa VVip terhormat.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Dulu saya sekolah kat muar, masa tu popular gerai besi tempat makan2 tepi sungai muar. Sekarang ni kat mana lak dah pindah gerai besi tu? Ada lagi ke dah pupus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk makluman Encik/Cik,

      warung tersebut masih ada lg..bersebelahan dengan bustand batu pahat juga ada..di banguna MARA juga ada...cuma orgnya sudah berbeza...

      Delete
  7. saya nak buat program anak angkat di Muar , agak2 tempat or kampung apa yg sesuai untuk pgrm macam tu ye ?

    ReplyDelete
  8. bagus la awak....awk update la untuk 2015 plak. Saya search untuk adik dkt opis sy, dia nak g muo.

    ReplyDelete