Aug 27, 2012

MUO BANDAR DI-RAJA

Assalamualaikum..
Terlebih dahulu Cik nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin..humang aih..lamanya cIk xhupdate blog Cik ni..sepanjang bulan puasa Cik agak sibuk..jadi baru skrg le ada masa..today Cik nak up story pasal Daerah kelahiran Cik..


Dulu, time belajo..bila orang tanya: "Awak org mana?"


Cik akan jawab: "Saya org Muo"..ini adalah jawapan standard dan pendek yang selalu diberikan oleh mereka yang berasal drpd Muar, Johor..setiapkali ditanya asal usul mereka. Selalunya, bila Cik jawab mcm tu..mereka akan terus ckp ttg Mee Bandung Muar, Satay dan paling best skali...ULOR BESOR BAWAH PASOR...yang pernah mendapat liputan hangat..pelik tul ler..mana ada ULOR BESOR BAWAH PASOR tu..sampai bersesak dan pelbagai bomoh yang datang drpd pelbagai negeri dan negara..aduh..kelakar tul masa tu..

Selalunya mereka akan tanya: "Kenapa xjawab, saya org Johor?"..normally, bila Cik jawab mcm tu, automatik mereka akan ingt Cik org Johor Bahru..so..kena bgtau dgn jelas dan terang, utk mengelakkan kekeliruan.

Kadang2 ramai yang ingt org Muo ni sombong, berlagak dan kerek..sebab xmau mengaku dia org Johor..but..it's reality.."We are proud to be Muarian".."Kami org Muo!"..

Selalunya mereka tanya: "Kenapa sebut Muo..bukan Muar?"..sebab ini gaya bahasa @ loghat org Muo..semua ayat yang akhirnya huruf 'A' akan ditukar menjadi huruf 'O'..sebagai contoh:
(Pasar = pasor, Ular = ulor, Bandar = bandor, Tukar = Tukor, Cabar = cabor, Besar = besor, Kasar = kasor, Lebar = lebor, Tayar = tayor, Pagar = pagor, Gambar = gambor, Lapar = lapor, Segar = segor dll)...

Ada juga perkataan yang disebut oleh kami yang slalu org xpaham...contohnya:
(Almari = gobok, Selimut = gebor, Peti Ais = esbok)

Ada gak mereka tanya: "Kenapa org Muo ckp, kat hujung ayat selalu ada perkataan 'EK'?"..perkataan tu lebih kurang mcm penyedap ayat atau sebagai penguat ayat yang menunjukkan seseorg itu serius ketika bercerita @ bercakap...sebagai contoh:
"Mak..nnt belikan kita anak patung tu ek?" @ "Awak xsuka kawan dgn kita ek?"

Kami juga menyebut perkataan PEGANG sebagai 'PEIGANG'..anda pernah dgr ke, kalo rakan2 anda yg berasal dr Muo menyebut perkataan tersebut..sebagai contoh: "Ko tolong peigangkan beg aku jap ek"..


MCMANA ORG MUO BERKATA GANTI DIRI...

Selain drpd itu, org Muo juga mempunya kata ganti diri yang pelik..mereka lebih suka menggunakan kata ganti diri 'SAYA' kepada 'ORANG, KAMI, KITA'..sebagai contoh:
"Hari ni, KITA xpergi sekolah, sebab KITA demam"..
"Mak, ORANG nak pergi bandor jap"
"KAMI rasa, bersalah pada awak"

KENAPA ORANG PANGGIL BANDAR MUO SEBAGAI BANDO PENCEN

Ini kerana, Bandar Muo adalah sebuah bandar lama yang bersejarah, tidak seperti Batu Pahat yang kian membangun..Kira anda sedar, jalan di Bandar Muo agak sempit sedikit berbanding dengan jalan di Daerah lain.


Di Muo juga, masih terdapat banyak lagi bangunan-bangunan lama yang mempunyai nilai sejarahnya tersendiri...selain daripada itu, kebanyakkan anak jati Muo yg berpencen akan pulang ke kampung halaman mereka utk menghabiskan usia mereka..maka, kalo kita meronda petang2, kita boleh nmpk pakcik2 @ makcik2 yang dah pencen melepak @ berjalan2 ditepi sungai Muo bersama cucu2 mereka..

BANDAR MAHARANI @ BANDOR MUO TU SAMA KE?

Ya..ianya adalah bandar yang sama cuma berbeza drpd segi ejaan..dahulu Muar dikenali sebagai Bandar Maharani..namun begitu..kini ianya telah ditukar menjadi 'MUAR, BANDAR DI-RAJA' pada tahun 2012 oleh Tuanku Sultan Ibrahim, Sultan Johor.

Mengikut sejarah, Muar telah dibuka pada tahun 1884, ianya dikenali dengan Bandar Maharani bersempena dengan nama Pemaisuri kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim..Muar berasal daripada perkataan 'MUARA' berikutan kedudukan bandar yang berhampiran dengan Muara Sungai yang telah dijadikan pusat dagangan oleh rakyat jelata dahulu kala.

~BERSAMBUNG~








No comments:

Post a Comment