Jun 22, 2012

Sup Pucuk Tauhu..


Assalamualaikum..wah..dah lama Cik xmenghupdate blog..apa khabar semua saudara/saudari/tuan/puan sekalian..maaf le..Cik agak sibuk semenjak dua menjak nie..dengan kerja, jd kurang masa nak menghupdate ditambah dengan Cik demam...Cik ni susah nak demam, setahun sekali baru demam..sekali demam, insyaAllah lambat nak sihat...

Hadoi..bila demam, tekak ni agak mengada2 nak makan yang panas, yang berkuah..jd Cik pun buat le sup..cadangnya nak buat sup kosong je..sekali..ternampak le pucuk tauhu..apalagi, Cik pun kasi adjust..maka terhasil ler..sup pucuk tauhu..makan hangat2..alhamdulillah..kenyang u know..ok2..meh tgk resepi yg xseberapa ni...

Bahan2nya:
1 labu bawang holland - mayang
4 ulas bawang putih - mayang
1 inci halia - mayang
1 kiub pati ayam
Sedikit serbuk lada hitam
2 keping pucuk tauhu - potong seinci2
5 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara2nya:
1. Didihkan air secukupnya, sekiranya suka berkuah lebih tambah yer. Setelah didih, masukkan bahan2 yg dimayang.
2. Apabila dah nmpk agak mendidih, masukkn kiub ayam, garam dan serbuk perasa. Bila semua rasa dah cukup, baru masukkn pucuk tauhu. Sebelum tutup api, masukkan serbuk lada hitam.
3. Masak seketika, kemudian tutup api dapur. Sedia dihidang panas..Memang sedap makan panas2, rasa hangat sangat. Cubalah..

Cubalah resepi yang xseberapa ni..hasil air tangan anak dara yang baru nak blaja nak memasak..huhuhu..



No comments:

Post a Comment